Assalamualaikum WBT...
Negara kita adalah sebuah negara yang Merdeka, Kemerdekaan ini dicapai oleh datuk moyang kita dahulu yang diketuai oleh Tunku Abd Rahman Putra Al Haj (Bapa Kemerdekaan), setelah kemerdekaan dicapai barisan kepimpinan Negara dibentuk dengan bergabungnya bangsa cina, india dan MELAYU.
Dengan kebijaksanaan Kerajaan BN dalam tempoh 52 thn pelbagai kemajuan dan pembangunan di bentuk serta dilakukan sehingga menjadikan nama Malaysia tidak asing lagi di mata dunia. Dengan pembangunan Ekonomi yang pesat dan pembangunan teknologi ICT hari ini membolehkan kita rakyat malaysia mengakses maklumat tanpa sempadan.
Cuba kita bandingkan Malaysia dengan India yang telah merdeka, di mana India telah merdeka sepuluh tahun dari Malaysia, bagaimana kehidupan rakyat mereka dan taraf kehidupan mereka sekarang? Tidak keterlaluan jika saya katakan amat menyedihkan, tetapi apa yang saya lihat di Malaysia masih tidak sampai ketahap itu, semua itu berpunca dari keadaan politik yang tidak stabil, demontrasi sana-sini dan pelbagai fitnah dan cacian serta berpolitik secara berpanjangan sehingga pihak kerajaan yang memerintah tidak berkesempatan untuk menumpukan perhatian kepada perihal pembangunan negara.
Tetapi saya sudah mula khuatiri dengan keadaan Politik di Malaysia, pada masakini pun sudah mula dengan demontrasi jalanan, berpolitik berpanjangan dan cemuh maki memaki dilaksanakan. Pemimpin pembangkang telah pergi keluar Negara memburukan imej Malaysia kepada pemimpin luar Negara, Apakah tujuan sebenar mereka-mereka ini? Apabila mereka menjaja keburukan Malaysia di mata dunia para pelabur akan tersentak untuk melabur di Malaysia dan perhubungan dua hala akan terjejas menyebabkan pendapatan Negara dan ekonomi Negara akan lemah serta berlakunya kemerosotan ekonomi.
Jadi adakah ini yang kita mahukan? Sedangkan kita bangga menjadi rakyat malaysia? Semua manusia hidup di dunia ini cintakan kedamaian dan mahukan kejayaan..perlu diingat bukan mudah untuk pemimpin mentadbir sesebuah negara yang rakyatnya terdiri dari pelbagai kaum dan etnik..Fikir-fikirkan lah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bangsa yang maju adalah bangsa yang memandang ke belakang, bukannya yang jalan ke belakang. maksudnya memandang ke belakang, lihat semula sejarah bagaimana susahnya kita nak mencapai kemerdekaan walau pun tdk sampai berlaku pertumpahan darah. pendemonstrasi jalanan perbuatan manusia-manusia 'jahil' yang x sygkan bangsa, x sygkan negara. mereka sibuk berdemontrasi, bangsa lain sibuk mencari rezki, meningkatkan diri waima ekonomi, tapi bangsa kita makin x tau diri malah hilang nilai budi pekerti...... maknanya bangsa kita makin hilang jatidiri, MENYEDIHKAN
ReplyDelete