Tuesday, 26 May 2009

Adaptif itu Munafik?

Memang pedas kalau ungkapan itu ditujukan ke batang hidung kita walaupun realitinya tidak begitu. Adaptif tidak sama dengan hipokrit. Hipokrit ialah kita berpura-pura di hadapan orang lain, tetapi di dalam hati berniat lain. Hipokrit penuh dengan kejahatan dan niat buruk. Hipokrit adalah munafik. Tetapi adaptif bukan begitu. Adaptif ialah menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat. Adaptif adalah meraikan harapan orang lain. Adaptif adalah satu kemahiran dakwah yang perlu ada pada seorang pemimpin Islam. Adaptif adalah petanda kemesraan dan kasih sayang. Nabi kita, Muhammad bin Abdullah ada berpesan,"Kamu perlu bercakap mengikut kadar pemikiran seseorang itu". Ini Bermakna, gaya berbual dan berinteraksi dengan orang yang rendah mentaliti, sudah pasti berbeza dengan orang yang tinggi mentalitinya. Keterampilan dan susuk tubuh pun perlu mengikut gaya berfikir orang yang berinteraksi dengan kita. Bahkan hukum fikah Islam juga berubah mengikut tempat dan masa. Ada satu kaedah atau legal maxim yang popular,"Hukum berubah dengan berubahnya tempat dan masa".Ini Bermakna, sifat hukum-hukum fikah adalah fleksibel dan adaptif. Ia berubah mengikut tempat, masa, keperluan dan keadaan tertentu. Adakah kita juga hendak menyatakan hukum fikah islam adalah hipokrit?Sudah tentu tiada siapa yang berani mengungkapkannya, kerana hukum fikah Islam adalah hukum yang sempurna yang datang dari Allah S.W.T yang maha sempurna. Oleh itu, kita tidak perlu bimbang. Hanya orang yang jahil sahaja akan berkata adaptif ialah hipokrit. Jangan hiraukan mereka, meresaplah seperti asap, dan mengalirlah seperti air. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment