Friday 26 June 2009

Rehat Bukan untuk Bermalas

Orang yang mampu berehat adalah lebih hebat daripada orang yang mampu mengusai sebuah bandar."Franklin.

Karoshi ialah Mati Kerana Terlebih Kerja.
Adakah anda tahu bahawa kerja lebih had tanpa rehat boleh membawa maut?Di Jepun, ada satu istilah yang dipanggil Karoshi iaitu 'mati kerana terlebih kerja'. Lebih kurang antara 75 hingga 100 orang Jepun mati setiap tahun kerana 'penyakit' ini. Satu kajian menunjukkan setahun sebelum mereka meninggal kerana Karoshi, mangsa telah secara berlebihan bekerja sebanyak 3000 jam setahun (Jumlah jam dalam setahun ialah 8760 jam). Mereka begitu 'asyik' bekerja, sehingga lupa pada kesihatan diri dan aspek-aspek lain. Bahkan ada sesetengah syarikat di Jepun yang menyedihkan yang menyediakan 'pelakon' untuk menyamar sebagai anak, dan melawat ibu bapa pekerja yang uzur di rumah kebajikan orang tua. Kenapa? kerana si anak terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga tidak sempat menziarahi ibu bapa sendiri. Pelik bukan?

Tun M dan Rehat

Pernah suatu ketika sebuah akhbar terkemuka menemu ramah bekas perdana menteri Malaysia yang ke empat, Tun Dr. Mahathir berkenaan dengan cara hidup dan kerja beliau. Apabila ditanya petua bagaimana beliau dapat bekerja dengan cekap dan berkesan, tanpa kelihatan penat, beliau menjawab, beliau hanya perlu mendapatkan rehat yang cukup. Beliau akan cuba mendapatkan tidur sekejap ketika tengah hari , antara 10 hingga 20 minit. Selepas itu, beliau memulakan kerja-kerja sebagai perdana menteri dengan lebih bertenaga. Beliau juga mampu bertugas di luar negara sebaik sahaja turun daripada kapal terbang setiap kali lawatan rasmi beliau. Petuanya apa?Beliau akan tidur di atas pesawat Perdana Menteri sehingga berbelas jam!

No comments:

Post a Comment