Thursday, 25 June 2009
Muhammad bin Abdullah dalam Perang Khandaq
Ketika golongan penentang Islam di Semenanjung Tanah Arab bergabung hendak menghancurkan umat Islam, Penduduk di Madinah menjadi gusar dan takut. Pasukan Bersekutu bukannya sedikit, ia gabungan beberapa buah suku kaum Arab terbesar, dengan ditambah kekuatan bersama beberapa suku kaum Yahudi di Semenanjung Arab. Apabila dibandingkan dengan kekuatan seluruh umat Islam pada ketika itu pun, belum tentu menang. Tetapi Muhammad tidak gundah gulana. Beliau mengadakan mesyuarat dengan para sahabatnya, bagaimana hendak mencari jalan menghadapi situasi genting ini. Dalam mesyuarat, beliau tidak terus membuat keputusan, tetapi sebaliknya mencari idea-idea baru dan bertanya kepada sahabatnya yang lain. Akhirnya, seorang sahabat berbangsa Parsi, Salman al-Farisi, mengemukakan cadangan menggali parit besar di sekeliling bandar Madinah. Strategi ini tidak pernah dibuat oleh bangsa Arab, tetapi sebaliknya berasal daripada negara Parsi. Beliau bersetuju dan rancangan pun diatur. Parit sepanjang kira-kira lima kilometer itu bertujuan menjadi benteng pertahanan daripada Tentera Ahzab akhirnya berjaya mematahkan serangan besar-besaran yang diatur oleh Tentera bersekutu. Nampaknya peristiwa ini banyak mengajar kita, dan salah satunya adalah,"Jika saudara ingin mengetahui jawapan tentang sesuatu permasalahan itu bermuzakarahlah".Wallahulam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment