- Seni berniaga orang cina menekankan prinsip menang-menang.
- Peniaga perlu bersikap ringan tulang, peramah dan menjadikan pelanggan mereka sebagai ataupun paling kurang, sahabat yang rapat.
- Peniaga perlu mempunyai daya ketahanan, mental dan jiwa yang kuat.
- Majikan yang baik dan bertanggungjawab akan meransang pekerjanya supaya berkerja kuat dan berkhidmat dengan sepenuh hati.
- Orang cina akan berasa rendah diri jika mereka gagal hidup berdikari dan hanya makan gaji sepanjang hayat. Selagi seseorang itu bekerja makan gaji, selama itulah dia tidak boleh menjadi kaya dan meningkatkan kedudukan sosialnya.
- Peniaga tidak boleh terlalu rigid. Sebaliknya perlu membenarkan proses tawar-menawar.
- Antara faktor yang menjadi dorongan kejayaan orang cina adalah kemiskinan, perasaan kurang selamat, masalah survival di tempat orang, tidak ada pilihan dan ajaran falsafah yang diterima sejak kecil.
- Dalam sistem sosial orang cina, anak lelaki adalah pewaris keturunan. Salah satu cara menunjukkan penghormatan kepada kedua ibu bapa dan mengangkat martabat keluarga adalah menjadi kaya. Satu-satunya cara menjadi kaya adalah melalui perniagaan.
- Wang tidak pernah dijadikan sebagai halangan. Asalkan ada kemahuan, di situ ada jalannya. Yang penting, kita kena berusaha, tabah dan tahan untuk hidup susah.
- Bagi menjadi peniaga yang berjaya, mereka perlu dapat memberi dan mendapatkan keyakinan para pelanggan.
- Peniaga cina tidak takut dan tidak kedekut mengeluarkan sedikit perbelanjaan asalkan mereka dapat 'menangkap' dan memikat pelanggan.
- Apabila ketekunan dirangkumkan bersama-sama dengan keazaman dan diperkuatkan lagi dengan kesabaran, nescaya ia akan menjadi aset yang cukup berharga bagi sesiapa yang mahu membabitkan dirinya dalam perniagaan. Kesabaran itu memang pahit tetapi buahnya manis.
- Orang cina cenderung berniaga kerana bidang ini tidak dibatasi oleh ruang waktu dan tempat. Selain bebas, bidang perniagaan juga menyediakan ruang yang luas kepada seseorang bagi mengembangkan keupayaannya.
- Kebanyakan usahawan cina yang berjaya berkerja sekurang-kurangnya 18 jam sehari.
- Orang cina boleh membuka kedai makan di negara Kenya dan menjalankan perniagaan runcit di Papua New Guinea di mana sebahagian besar penduduk masih hidup dalam keadaan primitif.
- Antara ciri-ciri yang dapat menunjukkan seseorang itu mempunyai bakat berniaga adalah mukanya bulat dan manis dipandang, badan berisi, dahi cerah dan luas serta begitu ghairah dengan wang.
Bagi orang cina, semua perniagaan boleh menghasilkan keuntungan jika dilakukan dengan cara betul dan bersungguh-sungguh. Permasalahannya adalah masyarakat melayu tidak menjadikan perniagaan sebagai satu budaya, berbeza dengan masyarakat cina keadaan ini menjadi sebaliknya. Fikir-fikirkanlah?
No comments:
Post a Comment