Orang senang berniaga dengan orang yang mereka sukai. Itu adalah merupakan satu fakta. Apabila kualiti, perkhidmatan dan harganya lebih kurang sama, kita akan cenderung memilih untuk membeli dari orang yang kita sukai. Demikian pula dalam mengambil pekerja kita cenderung memilih orang dengan berperibadi yang menyenangkan. Dalam mencari pekerjaan pun, kita cenderung bekerja pada orang peribadinya menyenangkan. Kadang-kadang seandainya pada perbezaan dalam hal produk, layanan, atau pekerjaan yang kita lamar pun, kita membuat rasionalisasi untuk membenarkan pembelian atau penerimaan penawaran dari orang yang kita sukai.
Mungkinkah membuat orang lain menyukai anda? Ada sebuah filem yang pernah ditayangkan di televisyen. Dalam filem tersebut, seorang ibu menasihati anak perempuannya dengan mengatakan bahawa rahsia kebahagiaan perkahwinan, iaitu melatih suaminya dengan cara yang sama seperti dia melatih seekor anak anjing. Ibu itu bahkan memberi anaknya sebuah buku panduan tentang cara melatih anak anjing.
Belum sampai akhir filem, anak itu menyedari bahawa semasa dia melatih suaminya, dia sebenarnya melatih dirinya sendiri. Untuk mengajar agar suaminya setia, dia perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa dia setia. Untuk menerima cinta, dia perlu memberikan cinta.
Meskipun filem ini tidak memenangi Academy Award pesanannya patut dicatat: Untuk melatih orang lain agar menyukai kita, kita perlu terlebih dahulu melatih diri kita sendiri agar menyukai orang lain.
Semua latihan itu dimulakan dengan melatih watak. Dikatakan bahawa keperibadian ialah siapakah anda menurut orang lain, sedangkan watak ialah siapakah anda yang sebenarnya. Namun, sukar memisahkan keperibadian dari watak, sebab kedua-duanya saling mencerminkan satu sama lain.
Anda mungkin dapat menutupi perasaan anda, tetapi kebanyakan orang dapat merasa kepalsuan dengan cepat. Jika motivasi anda untuk membuat orang lain menyukai anda itu sama sekali hanya demi kepentingan peribadi, jika anda hanya menggunakan keperibadian untuk mengambil keuntungan dari orang lain, maka watak anda yang sebenarnya akhirnya akan terungkap.
Demikian juga kalau anda benar-benar positif dan menyenangkan, orang lain akan benar-benar tertarik pada anda. Bila dengan tulus anda dapat menampakkan antusiasme(kegairahan,minat yang berkobar-kobar), kebahagiaan dan kebaikan hati, orang lain akan menganggapnya dengan cara yang sama. Sangat sulit untuk tidak menyukai orang yang antusiastik, periang, dan penuh perhatian.
Tingkatkan penampilan watak keperibadian yang positif untuk setiap individu sangat berbeza-beza satu sama lain, tetapi kita semua memilikinya, atau paling tidak memiliki potensi untuk mengembangkannya. Apabila kita mendorong watak-watak tersebut dan tidak menekannya, kita akan menjadi lebih cekap dalam menampilkan watak-watak keperibadian bila diperlukan, sehingga hal itu dapat membantu anda meraih kejayaan dalam segala situasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment