Saturday, 13 June 2009

PPSMI

Teringat dengan kata-kata sinis Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim yang mengatakan bahawa sekolah di Malaysia tidak melahirkan pelajar yang berkualiti dari segala semua segi apatah lagi penguasaan ilmu. Pelajar era sekarang hanya ke sekolah kerana mereka diberitahu oleh ibu-bapa "mesti pergi ke sekolah" tetapi tidak diberitahu secara jelas untuk apa ke sekolah. Sekolah sama ada ternama atau tidak, tidak penting. Ilmu yang diperoleh dari sekolah itu lebih penting. Kalau sekolah ternama sekalipun tetapi pelajarnya tidak berilmu, maka sekolah itu perlu "dicuci" sebersih-bersihnya.Pepatah latin ada menyebut "Non scholae sed vitae discimus" yang membawa maksud "Kita menuntut ilmu bukan untuk sekolah tetapi untuk kehidupan.Sekolah sekarang mungkin sudah tidak mampu melahirkan orang seperti Dr M Jegathesan yang berjaya mewakili Malaysia ke sukan olimpik pada usia yang muda. Sekolah sekarang hanya melahirkan "penghafal mati" apa yang dipelajari di sekolah tetapi tidak digunakan di dalam kehidupan seharian. Janganlah hairan kalau-kalau sekarang ini budak lulusan universiti pun banyak kena tipu peraduan gores dan menang yang ditunggangi oleh orang yang tidak pernah masuk universiti.Secara jujur, saya katakan bahawa sekolah di zaman penjajahan British lebih baik. Bersistematik dan benar-benar ke arah pencapaian ilmu.Untuk berilmu kita tidak boleh bergantung semata-mata dengan sekolah/universiti dan guru. Kita perlu banyak mengkaji, membaca, berkomunikasi, dan sebagainya. Dan yang penting ialah rajin berusaha menuntut ilmu walaupun rambut kita mulai dipenuhi uban. Saya masih ingat lagi dengan "RAJIN, BACA, USAHA." Dan saya masih pegang ketiga-tiganya sehingga kini. Banyak juga ilmu yang saya dapat. Saya sudah mampu membaca lebih daripada dua bahasa (B Melayu, B Inggeris).Kementerian pelajaran/pendidikan, para penggubal dasar pendidikan/pelajaran, cendekiawan, bijak pandai, ibu-bapa dan lain-lain perlu berusaha untuk meletakkan satu anjakan paradigma agar pemerolehan ilmu semaksimum mungkin terlaksana.Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang boleh dikira baik. Asas pun sudah ada cuma mengalami masalah perlaksanaan. Itu saya akui.Sijil setinggi mana pun statusnya tidak berguna juga kalau tuan punya sijil lebih dangkal orang yang tidak pernah sekolah. PPSMI penting untuk ilmu. Memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) daripada sistem pelajaran kebangsaan boleh diibaratkan seperti membuang sesuatu yang baik atas nama “kebaikan.” Hanya golongan “idiosyncratic” sahaja yang membuang sesuatu yang baik atas nama kebaikan. Membuang sesuatu yang baik akhirnya menempah anachronism, bukannya kebaikan.Dalam mengembangkan ilmu, bahasa adalah “batu loncatan”nya. Ilmu sebenarnya boleh berkembang walaupun dengan hanya menggunakan satu bahasa. Tetapi memerlukan syarat iaitu seseorang ilmuan perlu menghasil dan mengembangkan ilmu sebanyak yang mungkin tanpa mencedok ilmu yang dihasilkan oleh ilmuan (bangsa) lain. Tiada satu bangsa pun yang dapat menghasil dan mengembangkan ilmu hanya dengan menggunakan satu bahasa. Bangsa Eropah dan Jepun umpamanya menghasil dan mengembangkan ilmu dengan terlebih dahulu mengkaji, mempelajari, dan menggunakan bahasa bangsa lain sama ada dalam bentuk pengajaran mahupun pembelajaran.Bagi sesetengah pihak, perlaksanaan PPSMI dilihat sebagai membunuh Bahasa Melayu, jauh sekali menyifatkannya sebagai pengembangan ilmu ke dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu sememangnya diakui bahawa ia memiliki segala komponen bahasa yang lengkap sebagaimana bahasa-bahasa utama dunia. Cuma, “ilmuan Melayu” zaman sekarang “kurang lengkap” dengan ilmu yang diperlukan untuk melengkapkan Bahasa Melayu dengan ilmu. Input ilmu amat diperlukan oleh Bahasa Melayu supaya ia dapat berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa yang unggul dan agar dapat sama rata sama rasa dengan bahasa bangsa lain dunia. PPSMI bukanlah pembunuh sebenar Bahasa Melayu. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pembunuh sebenar Bahasa Melayu ialah orang Melayu sendiri, terutamanya golongan “Melayu Muda Lupa.” Golongan ini bukanlah lupa bagaimana berbahasa Melayu dalam kehidupan seharian, tetapi telah lupa kepada “Apa itu Bahasa Melayu?” “Bahasa Melayu itu untuk siapa?” dan “Bagaimana berbahasa Melayu dengan betul?” Golongan “muda lupa” ini bukan sahaja berselerak di kalangan masyarakat Melayu malah di kalangan kelompok pemimpin kerajaan yang memerintah, para penggubal dasar kerajaan yang memerintah, cendekiawan dan ilmuan Melayu pun ada juga. Adakah pensyarah, mahasiswa dan mahasiswi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ahli dalam Bahasa Melayu? Kita harus dan perlu sedar bahawa bahasa itu penting dalam penghasilan dan pengembangan ilmu. Ilmu kegunaan manusia yang dicipta oleh Allah Yang Maha Pemurah terbenam di dalam akal fikiran setiap manusia di atas muka bumi ini tanpa mengira sama ada ia berkulit putih atau tidak, Islam atau tidak. Ilmu yang terbenam ini hanya boleh diterokai melalui bahasa tanpa mengira apa bahasa sekalipun yang digunakan.Oleh yang demikian perlaksanaan PPSMI adalah langkah yang amat pragmatik terhadap penerokaan ilmu di samping mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui penterjemahan ilmu ke dalam Bahasa Melayu.

Thursday, 11 June 2009

UP THE HIERARCHY

In lower management
You work hard and pray hard
In middle management
You work smart and pray harder
In top management
You play smart, move faster
and watch who is behind you!
Management Styles
It is always good to have a management style that is motivating and ethical. However, the worst management style would be one of temper, intimidation and revenge. Let your staff feel the pull of your personality rather than the push of your willpower.
He who manages with his feet should be wary of landmines!If you have never had any respect for human beings and human dignity, chances are, you may never be a good boss and your management style will always be questionable. Management is not about structure and content only. This is a critical area of personnel management and care is needed constantly is this respect.
Boardrooms and bedrooms have one thing in common; they both have to function effectively.
Style is everything. You need presence, charisma and impact. If you can take the heat from time to time, make sensitive decisions under difficult circumtances, accept risks, handle crises well, and yet remain cool and inspiring, you have what it takes to be a good boss.
A Healthy respect for individuals will give you that competitive edge over others.
DON'T ASSUME...
  • You are God's gift to Management.
  • No one can eliminate you.
  • You have all the rights answers always.
  • You are so very influential.
  • Everyone must worship you.
  • The organisation will close without you.
  • That you own everybody at work.
  • Only you have the brains.
  • Your advice is always right.
  • That you can do as you please.
  • You don't need anyone's help.
  • Ethnics can be thrown to the winds.
  • Your wealth will last forever.
  • You will always be in perfect health.
  • You can outsmart everyone any time.

Zon Selesa

Kebiasaannya, mereka yang berada dalam zon selesa pasti berasa mudah hendak memiliki apa yang mereka mahukan dan mereka pasti 'hanyut' dengan kemewahan dan keselesaan yang mereka kecapi. Hal ini boleh dihubungkaitkan dengan penjelasan Tuhan di dalam Quran surah al-Israk ayat 83 yang bermaksud, "Dan apabila kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (daripada bersyukur) dan apabila dia merasai kesusahan, jadilah dia berputus asa."
Terlalu banyak keselesaan membuatkan kita bosan dan tidak kreatif. Otak menjadi kaku kerana neuron-neuronnya tidak saling berhubung. Semakin kurang peraturan dan disiplin yang kita buat mengenai hidup bukan bermakna kita bebas. Tetapi sebenarnya kita terikat dengan kebekuan tadi. Memang! Apabila kita mempunyai impian untuk dicapai, sudah pasti perlu ada usaha bagi mencapainya. Kita mungkin dikritik, kesempitan wang dan kehabisan tenaga.
Contohnya, kita seorang guru yang memiliki ijazah sarjana muda. Apabila bekerja, kita mempunyai hasrat melanjutkan pelajaran ke tahap sarjana. Kita mungkin tidak mendapat persetujuan dan pelepasan daripada pengetua, pengorbanan masa bersama anak-anak dan isteri pada hujung minggu kuliah pada hari minggu, bebanan tugas di sekolah, tugasan pengajian sarjana, perlu membayar yuran pengajian, jarak tempat belajar yang jauh dari kediaman dan pelbagai masalah lagi yang kita mungkin hadapi. Ini bererti, kita berani mengambil risiko untuk berjaya. Kita seorang yang positif dan tidak berasa selesa pada satu tahap sahaja.
Bagaimana pula orang yang sudah berasa selesa dengan keadaannya? Pasti ini jawapan yang terbit daripadanya, "Aku senang hidup sebegini, buat apa hendak menyusahkan diri?," "Tidak perlu sambung belajar, cukup dengan apa yang ada." Individu seperti ini memandang negatif pada kejayaan dan berasa empuk kerusi sekarang serta selesa dengan tahap ilmu yang dia miliki.
Lain pula halnya dengan orang yang berada dalam zon selesa tetapi positif untuk berjaya. Dengan keselesaan yang kita miliki kita dapat menggunakannya bagi membina kekuatan diri sama ada daripada aspek emosi, intelek dan hati. Kita dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperoleh bagi meningkatkan pencapaian. memanfaatkan kesenangan harta, jawatan dan kelebihan supaya lebih cemerlang. Contohnya, kita seorang pelajar daripada keluarga berada, kita dapat menghadiri kelas-kelas tuisyen, membeli bahan bacaan demi meningkatkan pengetahuan dengan meminta wang daripada ibu bapa.

Wednesday, 10 June 2009

Menteri Besar Perak


Profil Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
Nama: Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
Pekerjaan : Menteri Besar Perak Ke-11
Tarikh Dilantik : 6 Februari 2009
Tarikh Lahir : 22 Mac 1962
Tempat Lahir : Pulau Pangkor, Perak
Nama Isteri : Y.A.Bhg. Datin Saripah Bt. Zulkifli
Bilangan Anak : 5 Orang
Anak : Husna Bt. Zambry, Huda Bt. Zambry, Syifa Bt. Zambry, Munir Bt. Zambry, Mukhlis Bt. Zambry

Ahli Dewan Undangan: ADUN Pangkor N52
Alamat Pejabat: Pejabat Menteri Besar Perak, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2414273 (T) 05-2418522 (P)
Faks: 05-2540278
Alamat ADUN Pangkor: No.3, Kompleks Kapal Jeti Pangkor, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Tel: 05-6855590
Faks: 05-6852117
Alamat Pejabat Sitiawan: Lot 269, Bangunan UMNO Bhg. Lumut, Jalan Haji Mohd Ali, 32000 Sitiawan, Perak.
Tel : 05-6913012
Faks: 05-6917915
Alamat Rasmi : Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak.
Tel: 05-2540001
Faks: 05-2549399

Jawatan/ Tanggungjawab:

  • Ketua UMNO Bahagian Lumut
  • ADUN Kawasan Pangkor
  • Bekas Ahli Exco Pemuda UMNO Negeri Perak
  • Pengerusi Panel Perunding Akademi Pemuda ( Terkini )
  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah Ikhtiar Malaysia ( Terkini )
  • Ahli Jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Insan Negeri Selangor ( Terkini )
  • Anggota Majlis Teknologi Maklumat Negeri Selangor ( Terkini )
  • Ahli Kumpulan Pemikir Kebangsaan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa ( Terkini )
  • Ahli Majlis Perundingan Belia Negeri Perak ( Terkini )
  • Timbalan Pengerusi Sekretariat Pelajar & Mahasiswa Majlis Perundingan Belia Negeri Perak ( Terkini )
  • Pembantu Profesor Jabatan Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (Sehingga Ogos,2000)
  • Pengarah Eksekutif Center For Leadership & Development studies (CELDES)
    1996-Ogos 2000
  • Ketua Pembangunan Kurikulum dan Islamisasi ( Jabatan Sains Politik ) UIAM (1999)
  • Ketua Panel Konsultansi Program Khidmat Sosial Negara Kementerian Belia dan Sukan (1997) Member
  • Ahli Perunding Agenda Melayu Abad Ke 21 Dipengerusikan oleh YB Dato' Mustapha Muhammad ( 1998 )
  • Pengerusi Konferensi Pelajar Malaysia Amerika Syarikat (1994)
  • Pengarah Pertemuan Intelektual Asia Tenggara (SEAM) Amerika Syarikat (1994)
  • Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia Amerika Syarikat (1994)
  • Pengarah Diskusi Intelektual UIA-IIIT Untuk Kakitangan UIA di Amerika (1993)
  • Pengetua Kolej Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 1990-1992
  • Koordinator Kursus Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 1988-1989
  • Ahli Jawatankuasa Rayuan (MATRIC)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 1989-1990
  • Fellow Kolej Pelajar 1993-1994
  • Ahli Diskusi Intelektual Institut Perkembangan Minda (INMIND) (1995)
  • Konsultan Program Kepimpinan Pelajar Malaysia di Amerika
    Intelektual Tamu Anjuran Kerajaan Jepun (2002)

Anugerah :

  • Anugerah Kepujian (Ph.D) 1995
  • Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
  • Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIA (1987)
  • Anugerah Kebangsaan (Johan) Penulisan Agama (1986)
  • Anugerah Kebangsaan (Kedua) Penulisan Esei (1982)
  • Anugerah Negeri (Johan) Penulisan Esei Hari Kebangsaan (1982)

Anugerah Kebesaran :

  • D.P.M.P. ( Perak )
  • A.M.S. ( Selangor )

Anugerah TLDM :

  • KDYYM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, telah berkenaan untuk dianugerahkan Komander ( Kehormat ) TLDM pada 1 Jun 2005. Yang Pertama dikalangan Ahli Politik dalam Malaysia.

Kerja Penyelidikan :

  • PenyelidikInstitusi Zakat di Malaysia ditaja oleh Kuliyyah EkonomiUniversiti Islam
  • Antarabangsa (UIA), 1985
  • Pembantu PenyelidikInstitusi Zakat di Malaysia : Satu Analisa PentadbiranDitaja oleh Institute of Southeast Asian Studies Singapore
  • PenyelidikanImpak Agama Kepada Politik Indonesia Ditaja oleh UIAM, 1987
  • Penyelidikan Ph.DReligion and Politic: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of Malaysia, 1995
  • PenyelidikanRiwayat Hidup dan Penulisan Jamaluddin al-Afghani Connecticut, Amerika SyarikatDitaja oleh Institute for Policy Research, Malaysia, 1995

Pengalaman Lain :

  • Pengarah EksekutifCenter For Leadership and Development Studies1996-Ogos 2000
  • AhliMajlis Belia Malaysia Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia, 1996

Politik :

  • Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia2000-2003
  • PengerusiBIRO Latihan Pergerakan Pemuda UMNO MalaysiaSessi 2000-2003
  • Ahli JawatankuasaPenerangan UMNO PusatSessi 2000-2003
  • Perunding (Consultant)Himpunan Putera Merdeka Pemuda UMNO 50 Tahun (Oktober 1999)
  • Ahli JawatankuasaBiro Latihan UMNO MalaysiaSessi 2000-2003
  • Ahli JawatankuasaStrategik UMNO Pusat(Terkini)
  • Ahli Pemegang AmanahInstitut Kajian Pembangunan Bangsa UMNO Malaysia(Terkini)
  • Ketua PemudaUMNO Bahagian Lumut(Terkini)
  • Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak(Terkini)
  • PengerusiBiro LatihanPemuda UMNO Perak (1998-2001)
  • Timbalan PengerusiBiro PenggunaPergerakan Pemuda UMNO Malaysia1998-2000
  • Ahli JawatankuasaLatihan dan Mahasiswa Pemuda UMNO1998-2001
  • Ketua CawanganUMNO Cawangan Pangkor(Terkini)
  • Pengarah OperasiPerhimpunan Perdana Jentera Pilihanraya Pemuda UMNO Perak(September 1999)

Penulisan :

  • EditorPendidikan dan Pembangunan (Education and Development)Nurin Enterprise,Kuala Lumpur (1980)
  • EditorBussiness Administration in IslamHizbi (1991)
  • EditorMemperkasa Kepimpinan Merentas MasaDepan CELDES,Kuala Lumpur (1991)
  • Ketua EditorImbas Gemilang KBS ‘98Kementerian Belia dan Sukan (1991)

Penterjemah :

  • Islam and Politics in Malaysia a Changing ScenarioPROSEA Academia Siniaca, Taiwan6hb Mei, 2000
  • Belia dan Cabaran Politik Pasca – KolonialKertas Kerja di Konrad Adenauer, 1999
  • Malaysia pada Era Politik Pascakolonial(Malaysia in the Era of Post-Colonial Politic)Jumal Pemikir April-Jun 1999
  • Festival IslamOrganisasi Islam di MalaysiaEncyclopedia of Malaysiana, 1998
  • Politik Malaysia dan Pasca-ModernismePembentangan Kertas KerjaDewan Bahasa dan Pustaka, 1998
  • Peranan dan Cabaran Ulama’ Dalam Era Pasca-ModernismePembentangan Kertas Kerja ‘The Asian Renaissance’,Pekan Baru, Riau, 1997

Pengalaman Akademik :

  • Professor TamuIAIN, Pekan Baru, Indonesia, 1998

Tugasan Pemantau :

  • Disertai Sarjana (MA Thesis)Nor Azah bt. Omar‘Mahathir’s Political Economic Policy’Oktober 2000

Penulisan Lain :

  • Menulis ratusan esei dan karangan untuk Utusan Malaysia,Berita Harian, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dakwah,Risalah, Al-Islam, Mastika, PEMIKIR dsb. SeringkaliMemberikan pendapat dalam isu-isu besar peringkat Nasional,Serantau dan global.

Keperibadian Yang Menyenangkan

Orang senang berniaga dengan orang yang mereka sukai. Itu adalah merupakan satu fakta. Apabila kualiti, perkhidmatan dan harganya lebih kurang sama, kita akan cenderung memilih untuk membeli dari orang yang kita sukai. Demikian pula dalam mengambil pekerja kita cenderung memilih orang dengan berperibadi yang menyenangkan. Dalam mencari pekerjaan pun, kita cenderung bekerja pada orang peribadinya menyenangkan. Kadang-kadang seandainya pada perbezaan dalam hal produk, layanan, atau pekerjaan yang kita lamar pun, kita membuat rasionalisasi untuk membenarkan pembelian atau penerimaan penawaran dari orang yang kita sukai.
Mungkinkah membuat orang lain menyukai anda? Ada sebuah filem yang pernah ditayangkan di televisyen. Dalam filem tersebut, seorang ibu menasihati anak perempuannya dengan mengatakan bahawa rahsia kebahagiaan perkahwinan, iaitu melatih suaminya dengan cara yang sama seperti dia melatih seekor anak anjing. Ibu itu bahkan memberi anaknya sebuah buku panduan tentang cara melatih anak anjing.
Belum sampai akhir filem, anak itu menyedari bahawa semasa dia melatih suaminya, dia sebenarnya melatih dirinya sendiri. Untuk mengajar agar suaminya setia, dia perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa dia setia. Untuk menerima cinta, dia perlu memberikan cinta.
Meskipun filem ini tidak memenangi Academy Award pesanannya patut dicatat: Untuk melatih orang lain agar menyukai kita, kita perlu terlebih dahulu melatih diri kita sendiri agar menyukai orang lain.
Semua latihan itu dimulakan dengan melatih watak. Dikatakan bahawa keperibadian ialah siapakah anda menurut orang lain, sedangkan watak ialah siapakah anda yang sebenarnya. Namun, sukar memisahkan keperibadian dari watak, sebab kedua-duanya saling mencerminkan satu sama lain.
Anda mungkin dapat menutupi perasaan anda, tetapi kebanyakan orang dapat merasa kepalsuan dengan cepat. Jika motivasi anda untuk membuat orang lain menyukai anda itu sama sekali hanya demi kepentingan peribadi, jika anda hanya menggunakan keperibadian untuk mengambil keuntungan dari orang lain, maka watak anda yang sebenarnya akhirnya akan terungkap.
Demikian juga kalau anda benar-benar positif dan menyenangkan, orang lain akan benar-benar tertarik pada anda. Bila dengan tulus anda dapat menampakkan antusiasme(kegairahan,minat yang berkobar-kobar), kebahagiaan dan kebaikan hati, orang lain akan menganggapnya dengan cara yang sama. Sangat sulit untuk tidak menyukai orang yang antusiastik, periang, dan penuh perhatian.
Tingkatkan penampilan watak keperibadian yang positif untuk setiap individu sangat berbeza-beza satu sama lain, tetapi kita semua memilikinya, atau paling tidak memiliki potensi untuk mengembangkannya. Apabila kita mendorong watak-watak tersebut dan tidak menekannya, kita akan menjadi lebih cekap dalam menampilkan watak-watak keperibadian bila diperlukan, sehingga hal itu dapat membantu anda meraih kejayaan dalam segala situasi.

Monday, 8 June 2009

Tan seri Dato' seri Dr. Hj Harussani Zakaria

Kata-kata beliau yang berbunyi bangsa melayu di Malaysia adalah satu bangsa yang agak mulia di sisi Allah swt. Ini kerana Islam itu merujuk pada bangsa melayu dan bangsa melayu itu semuanya beragama Islam. Pernahkah anda terfikir dan renung-renungkan akan kata-kata beliau itu. Di negara Arab bukan semua orang yang berbangsa arab adalah beragama Islam, begitu juga di negara-negara Islam yang lain.

Tuesday, 2 June 2009

Angan-angan Mat Jenin

Artikel ini berkenaan Mat Jenin yang asyik berangan-angan ketika memanjat pokok kelapa. Dia berkira-kira hendak memetik seberapa banyak kelapa. Selepas itu dia menjualnya dan mendapat duit. Dengan duit itu dia membeli anak benih pokok kelapa dan menanamnya. Dia memiliki sebuah kebun kelapa. Dia mengupah orang memanjat, dan dia akan mendapat banyak duit. Dia membuka kilang memproses kelapa dan dia semakin kaya. Tiba-tiba, Mat Jenin terpaut pelepah daun kelapa yang kering dan jatuh ke tanah. Akhirnya dia mati kerana jatuh pokok kelapa.
Setiap kali kita cuba berfikir seperti juara, nanti ada orang yang menyampuk,"Alah, janganlah nak jadi Mat Jenin!"Akhirnya kita berpatah balik dan tidak pernah membayangkan diri sebagai seorang juara. Baiklah, Sekarang cuba kita buat analisis secara terperinci, apakah silap sebenar Mat Jenin?Adakah silapnya kerana dia berangan-angan? Tidak. Ada dua kesilapan Mat Jenin. Pertama, kerana dia berangan-angan di atas pokok kelapa, dan kedua kerana dia terpaut pada pelepah kering. Apa yang penting, tidak salah hendak mengelamun. Namun biarlah kena pada tempat dan masanya. Mengelamunlah. Berfikirlah seperti seorang juara."Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal"-Tun M. Berfikir adalah Langkah Pertama yang Baik dan jadikan lagu dibawah sebagai dorongan kita bagi mencapai sesuatu matlamat.

Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh