Sunday, 10 October 2010

Cabaran Sebagai Dorongan

Orang yang positif untuk berjaya semakin dia tercabar semakin dia kuat. Mereka ini diumpamakan seperti besi waja, semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam melayari kehidupan.
Lain pula keadaannya dengan orang yang berfikiran, berperibadi dan bersikap negatif seumpama timah dan lilin, terkena api hancur lebur, apabila menghadapi cabaran cepat mengalah. Adakah anda tahu gam EXHAUST PIPE?semakin panas semakin keras dan kemas mencengkam!
Tidak cepat mengalah dengan cabaran dan berfikiran positif akan memandu kepada perlakuan positif. Peribahasa Cina ada mengatakan, "Lebih baik menyalakan lilin dari menyumpah akan kegelapan."Semasa mengalami tekanan dan cabaran ada kalanya minda seolah-olah diprogramkan supaya hanya melihat dan memikirkan perkara yang negatif sahaja. Hanya orang-orang positif untuk berjaya mampu melawan fikiran-fikiran negatif tadi.
Oleh itu, cuba kita luangkan sedikit masa bagi menjawab soalan-soalan ini:
1. Apakah kekuatan kita?
2. Apakah pengajaran yang tersirat dalam cabaran ini?
3. Apakah peluang yang ada dalam cabaran ini?
4. Apakah perkara positif dan perkara yang mesti dilakukan bagi membuat perubahan kearah yang lebih positif?

Oleh itu, cuba kita kenal pasti kemahiran, kebolehan dan bakat yang kita miliki dalam berdepan dengan cabaran. Fikirkan apa yang akan terjadi sekiranya kita berhenti dan tidak sanggup menghadapi cabaran?Adakah kita akan berjaya?Bayangkan pula apa yang akan kita kecapi sekiranya kita bertindak positif melawan cabaran?Mungkin kita akan berjaya. Tetapi, sekiranya tidak berjaya pun, kita bukanlah gagal. Kerana berusaha untuk berjaya itu adalah tindakan positif dan salah satu anak tangga kejayaan
Apabila keadaan menekan kita, minda kita pasti menjadi lebih tabah dan diasak dengan cabaran. Kekuatan yang kita bina untuk terus menghadapi cabaran adalah satu senjata yang amat berharga. Mungkin budaya semut iaitu serangga kecil yang tidak kenal penat lelah apabila melakukan sesuatu seperti membina sarang ataupun membawa makanan kepada kumpulannya boleh dijadikan pedoman. Sang semut memikul yang berpuluh-puluh kali lebih berat daripada dirinya. Namun begitu, kegigihan, kesabaran, kekuatan, hatinya tidak padam sehingga selesai kerja ataupun matlamatnya tercapai..Subhannallah..

No comments:

Post a Comment