Tun M pernah menyarankan supaya orang Melayu mencontohi orang cina dalam perniagaan dengan melibatkan diri dalam perniagaan runcit dan bukannya perniagaan secara kecil-kecilan seperti gerai di kaki lima. Menurut beliau, ramai bumiputera tidak berminat menceburkan diri dalam perniagaan runcit dan mengeluarkan modal bagi membesarkan perniagaan mereka. Padahal dengan berbuat demikian, ia dapat meningkatkan kedudukan kelas sosial mereka daripada peringkat rendah kepada peringkat yang lebih tinggi. Salah satu kelemahan peniaga Melayu adalah mereka tidak cermat dan berhemah semasa menjalankan urusan perniagaan sehingga berlaku pembaziran dan pemborosan di tempat yang tidak sewajarnya.
Keuntungan yang diperoleh tidak digunakan bagi melebarkan perniagaan. Sebaliknya digunakan bagi perbelanjaan yang tidak perlu seperti mencantikkan pejabat, mengubahsuai rumah, menukar kereta dan membeli barangan yang tidak perlu. Keuntungan perlu digunakan sebagai modal pusingan dan membuat pelaburan yang dapat menjana serta menghasilkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Tidak ada gunanya peniaga mempunyai keazaman yang kuat jika ia tidak menyimpan impian dan memiliki sebuah harapan bagi memajukan perniagaannya. Berbeza dengan peniaga cina, boleh dikatakan hampir kesemuanya mempunyai cita-cita hendak mengembangkan perniagaannya dengan menambah dan membuka cawangan baru.
Biarpun bermula secara kecil-kecilan tetapi dengan keazaman dan matlamat yang jelas, Sesesuah perniagaan dapat berkembang dan membesar sehingga terbentuk suatu rangkaian cawangan kedai ataupun syarikat yang mantap. Bagi menjayakan matlamat itu, orang cina sanggup menebalkan muka, menahan caci maki orang dan hidup secara sederhana. Setiap sen yang yang diperolehnya daripada titik peluh sendiri digunakan dengan berhati-hati. Walaupun perniagaan sering dilihat sebagai bidang yang mudah untuk buat duit tetapi hakikatnya, sangkaan itu tidak selalunya betul. Untung rugi dalam perniagaan adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka dan banyak bergantung pada usaha niaga yang dilakukan oleh seseorang. Tidak ada satu jaminan yang semua perniagaan akan menghasilkan keuntungan. Cuma dalam perniagaan seseorang berpotensi menjadi kaya dan mendapat untung besar berbanding orang makan gaji.
Dalam hal ini, orang Melayu sebenarnya mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding orang cina. Ini kerana, agama islam sendiri memberi dorongan yang kuat kepada para penganutnya supaya berniaga. Dalam Islam, berniaga menjadi satu ibadah jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul. Ia membolehkan seseorang mendapat ganjaran serta pahala daripadanya, insyallah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment