Wednesday, 13 July 2011

Bersih rally

Saya di datangi oleh seorang Pelajar Malaysia yang belajar di Yaman. Bapa beliau merupakan seorang Doktor pakar. Saya agak hairan dan bertanyakan kepada pelajar tersebut dan sebelum ini, saya sememangnya mengetahui latar belakang pelajar ini yang mana beliau merupakan seorang Pelajar malaysia yang menuntut di Yaman. Sebagai seorang yang beragama islam seperti biasa tatkala atau adab kita berjumpa sesama saudara se islam sudah tentulah bertanyakan khabar. Soalan saya seterusnya adalah bertanyakan adakah beliau telah tamat pengajian di sana, beliau menjawab kerajaan Malaysia telah memanggil semua pelajarnya atas alasan Yaman tidak lagi selamat lagi untuk didiami atas kesan daripada rusuhan pada awal tahun ini. Akibatnya pelajar ini tidak dapat menamatkan pengajian beliau dan mengakibatkan pembantutan berlaku. Penarikan pelajar ini bermula semenjak MAC lepas..Benarlah kata sesetengah orang, Situasi di Malaysia, Orang Melayu amat mudah diperalatkan oleh bangsa lain bagi memenuhi agenda jahat bangsa lain ini..Wahai para pembangkang semua saya fikir anda belum cukup mengenali perjuangan UMNO dan pencapaian Barisan Nasional. Memahami Kuasa Politik yang ditunjangi oleh parti UMNO adalah penting bagi memastikan hari ini adalah untuk kita.

No comments:

Post a Comment