Friday 14 August 2009

10 Manusia Terkaya Di Dunia

Manusia terkaya di dunia semakin miskin seperti sebahagian daripada kita. Pada tahun ini, manusia terkaya atau bilionair dunia memiliki kekayaan secara purata $3(RM11.4) bilion, iaitu jatuh 23 peratus dalam tempoh 12 bulan. Hari ini, ada 793 orang bilionair sahaja, berbanding 1,125 orang pada tahun lalu. Berikut merupakan senarai 10 manusia terkaya di dunia:

1. Bill Gates
jumlah harta:$40(RM152)bilion, Harta:usaha sendiri,Sumber:Microsoft,Umur:53 Tahun

2. Warren Buffett
jumlah harta:$37.0(RM140.6)bilion, Harta:usaha sendiri,Sumber:Berkshire Hathaway,Umur:78 Tahun

3. Carlos Slim Helu
jumlah harta:$35(RM133)bilion, Harta:usaha sendiri,Sumber:telekom,Umur:69 Tahun

4. Lawrence Ellison
jumlah harta:$22.5(RM85.5)bilion, Harta:usaha sendiri,Sumber:Oracle,Umur:64 Tahun

5. Ingvar Kamprad & Keluarga
jumlah harta:$22.0(RM83.6)bilion, Harta:usaha sendiri,Sumber:Ikea,Umur:83 Tahun

6. Karl Albrecht
jumlah harta:$21.5(RM81.7)bilion, Harta:usaha sendiri,Sumber:Aldi,Umur:89 Tahun

7. Mukesh Ambani
jumlah harta:$19.5(RM74.1)bilion, Harta:Warisan & Berkembang,Sumber:Petrokimia,Umur:51 Tahun

8. Lakshmi Mittal
jumlah harta:$19.3(RM73.34)bilion, Harta:Warisan & Berkembang,Sumber:Besi Waja,Umur:58 Tahun

9. Theo Albrecht
jumlah harta:$18.8(RM71.44)bilion, Harta:usaha sendiri,Sumber:Aldi,Trader Joe's,Umur:87 Tahun

10. Amancio Ortega
jumlah harta:$18.3(RM69.54)bilion, Harta:usaha sendiri,Sumber:Zara,Umur:73 Tahun

Ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya antaranya ialah:

1. Seorang yang mempunyai misi hidup dan perjuangan yang sangat jelas.

2. Mempunyai semangat juang yang tinggi dan selalu bersikap positif.

3. Usahawan perlulah seorang yang kreatif, inovatif dan beriniasitif.

4. Seorang yang cekal dan berani mengambil cabaran.(risiko)

5. Seorang yang berkeyakinan tinggi, bertenaga dan bertindak spontan.

6. Seorang yang berorientasikan pengetahuan,kecekapan,perancangan.

7. Seorang yang mempunyai komitmen kerja yang tinggi, tegas dan penuh berkhemah.

8. Seorang yang berdikari.

9. Pandai meyakinkan orang lain.

10. Pandai melihat dan merebut peluang.

11. Skil komunikasi yang mantap dan meyakinkan.

12. Menitik beratkan kualiti kerja dan hasil kerjanya.

13. Bijak menyelesaikan masalah.

14. Berkemampuan melihat masalah sebagai proses pembelajaran.

15. Suka menolong orang lain supaya turut berjaya bersama-sama, tidak kedekut ilmu.

Ciri-ciri ini bukan sesuatu sukar dimiliki. Cuma tukar soalan anda,"Bolehkah saya melakukannya?kepada "Hendak atau tidak" saya melakukannya?
Tokoh-tokoh yang mencapai kejayaan dalam segala bidang bermula dengan keinginan yang nyata. Mereka ini jelas dengan apa yang hendak diperjuangkan dalam hidup mereka. Pendek kata, mereka ini ada misi dan visi yang jelas. Bak kata pepatah 'Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih'.

Kealpaan Manusia

Assalamualaikum wbt.
Mohon ampun dan maaf sekiranya sudah sekian lama tidak mengemaskini artikel di dalam blog ini. Ianya adalah berpunca daripada saya terlupa kata laluan untuk mengakses akaun blog ini.Harap maklum

Saturday 11 July 2009

Adakah PPSMI relevan?

1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?

Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.

Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal

2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?

Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidang-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?

BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?

Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.
sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata "...mereka ini kejam ", "jangan buat begitu ", "...tolong hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... dan pelbagai kata-kata lain.
Kenapa ? kerana kita bukan bangsa atau umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adalah umat pengguna.
Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?

Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd teknologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.
Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.
Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.
Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.

7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?

Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.
Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).
Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.
Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?
Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ? Dan kita akan sentiasa menjadi bangsa pengguna.

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?

Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.
Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?

Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.
Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.
Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?

Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.
Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.

Wednesday 8 July 2009

Hiasi Wajah dengan Senyuman

Bibir adalah satu bahagian badan yang dapat mengungkapkan pelbagai jenis emosi tertentu. Bibir dapat menunjukkan isyarat semasa seseorang itu berada dalam keadaan sedih, benci, meluat, keliru, hairan, gembira, mesra dan banyak lagi. Ramai orang dapat mentafsirkan emosi dengan melihat 'bahasa bibir' yang sedang kita pamerkan semasa berinteraksi dengan mereka.Oleh itu, ia penting bagi 'menjaga' bibir supaya tidak memberi suasana yang tidak memberangsangkan di tempat kerja. Apabila kita kelihatan 'muram dan kusam', sudah pasti tiada siapa yang berani mendekati kita. Apabila tiada orang yang tidak berani bersama kita, sudah tentu keadaan di tempat kerja tertekan dan membosankan.


Ingatkan Diri Kita tentang Senyum
Adakalanya kita lupa hendak senyum. Tekanan dan bebanan kerja seringkali menjadikan bibir kita termuncung dan mencebik sahaja tanpa disedari. Apa yang lebih buruk adalah kita berasa diri kita sudah cukup ceria, tetapi sebenarnya wajah kita seperti seekor singa betina yang kehilangan anaknya!
Oleh yang demikian, buatlah sesuatu bagi 'mengingatkan' kita perlu senyum. Ada satu petua menarik daripada seorang eksekutif di Kuala Lumpur. Dia mengambil beberapa inisiatif bagi memastikan dia sentiasa kelihatan ceria dan tersenyum. Bagaimana caranya? Senang sahaja.
Paling mudah adalah dengan menampalkan poster peringatan seperti, "Senyumlah, kita akan ceria" ataupun "Senyumlah" dan beberapa lagi. Poster-poster seperti ini ada dijual di kedai-kedai buku ataupun boleh dicetak sendiri di pejabat.
"Setiap kali saya terpandang poster itu, saya pasti senyum. Setiap kali saya tersenyum, saya dapat rasakan kegembiraan yang meresap ke dalam tubuh saya. Apabila saya rasa seronok, saya dapat hilangkan kebosanan dan rasa mengantuk.....," terang eksekutif muda itu sambil tersenyum.
Selain daripada itu, kita juga boleh menampalkan sticker di telefon pejabat kita. Dan setiap kali kita hendak mengangkat gagang telefon, kita terpandang sticker itu dan tersenyum. Ingat, walaupun orang yang menelefon tidak nampak kita sedang senyum, tetapi mereka dapat membayangkan wajah kita daripada suara kita. Senyum 'meresap' masuk ke dalam suara dan memberikan gambaran bertenaga kepada bakal pelanggan kita!

Teknik Senyum
Kita tahu betapa pentingnya sentiasa senyum di tempat kerja. Namun persoalannya, macam mana hendak senyum? Sekiranya kita sedang berada dalam keadaan yang cukup letih dan kecewa, adakah kita dapat menjadikan wajah kita sentiasa tersenyum?
Oleh sebab itulah kita perlu benar-benar mahir bagaimana hendak senyum! Bunyinya agak pelik, tetapi percayalah, tidak ramai yang mahir senyum. Buktinya? Buka dompet dan lihat muka dalam kad pengenalan kita. Adakah kita sudah cukup tersenyum? Bagaimana pula dengan gambar abang dan kakak kita? Ibu dan ayah kita? Rakan-rakan yang lain? Apabila kita meneliti, hanya sedikit sahaja yang kelihatan senyum dan ceria. Kenapa? Kerana mereka benar-benar belajar bagaimana hendak senyum.
Sebenarnya, senyum adalah satu aktiviti yang cukup ringkas dan mudah. Ada dua perkara utama yang perlu kita lakukan untuk senyum. Pertama, panjangkan otot bibir kita. Dan yang kedua, angkat otot pipi kita. Senang bukan?
Pada mulanya, memang kelihatan senyuman itu tidak berapa menarik. Jangan risau. Berlatihlah di hadapan cermin bagi mendapatkan senyuman yang benar-benar ceria dan menceriakan. Panjangkan bibir dan angkat otot pipi. Lakukan setiap hari supaya otot-otot muka kita menjadi kuat dan mahir menghasilkan senyuman yang benar-benar mampu 'menawan dunia'! Alah bisa tegal biasa......

Monday 29 June 2009

Saudara Bukan Gagal, Tetapi Belum Berjaya

Dalam sejarah dunia, Allah menunjukkan betapa fitrah alam menguji orang-orang yang ingin berjaya. Kadangkala ada perkara yang kita benci, tetapi ia baik untuk kita. Ada juga perkara yang kita suka, tetapi ia memudaratkan kita. Allah menyebut jelas dalam surah al-Baqarah ayat 216,"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ianya memudaratkan diri kamu. Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui." Jangan sedih jika selama ini kita tidak mencapai apa yang diidamkan. Kita bukan gagal, tetapi 'belum berjaya'. Mari kita tengok beberapa contoh kisah orang yang tidak pernah berasa gagal, sebaliknya terus berusaha kerana mereka yakin dengan kejayaan mereka...

Kolonel Sanders dan Resipi Rahsianya
Siapakah sebenarnya Kolonel Sanders. Beliau adalah orang yang mencipta resipi ayam goreng Kentucky Fried Chicken. Beliau mencipta nama dan kejayaan dengan resipi itu. Kolonel Sanders bersara pada usia 65 tahun. Ketika menerima duit pencen pertamanya, Kolonel Sanders berasa kecewa dan tidak berpuas hati. Namun, beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya berkenaan jumlah kecil yang diperoleh itu. Beliau seterusnya memutuskan hendak mencadangkan resipi ayam goreng milik keluarganya kepada sebuah restoran. Tetapi malangnya, resipinya itu ditolak mentah-mentah. Apakah yang berlaku kemudiannya?
Kolonel Sanders tidak berputus asa. Baginya dia tidak gagal, cuma belum berjaya. Dia terus mencuba, sehingga orang ke 1000 pun masih menolak resipi kebanggaannya itu. Namun dia tidak berasa gagal, dia masih yakin dengan kejayaannya, cuma kejayaan itu belum tiba lagi. Akhirnya, dia bertemu dengan orang ke 1009, dan dia pun berkata,"Hmmm...resipi ini sungguh bagus!" Sembilan tahun kemudian, selepas perniagaannya maju, Kolonel Sanders menjual perniagaannya dengan harga US$2,000,000. Kini rangkaian restoran KFC ada di merata-rata dunia, digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Jika Kolonel Sanders berasa dirinya sudah gagal lantas berputus asa, adakah beliau akan berjaya membina empayar perniagaan seperti itu?Sudah tentu tidak!Jadi, kenapa kita perlu berasa kecewa dan gagal?

Thomas Alva Edison pernah berkata,"Ilham orang yang genius hanya menyumbangkan satu peratus kepada kejayaannya, manakala 99 peratus lagi adalah usaha yang gigih."Beliau membuktikan kegigihannya dengan bekerja selama 18 jam sehari. Beliau mengambil masa sepuluh tahun bagi menghasilkan bateri nikel-besi-kadmium. Beliau melakukan klasifikasi kepada 17,000 jenis tumbuhan sebelum berjaya mengeluarkan lateks daripada satu jenis tumbuhan sahaja. Beliau juga mencipta lampu selepas berusaha lebih 10,000 kali. Akhirnya, beliau membuktikan kejayaannya apabila berjaya mempatenkan sebanyak 1093 jenis rekaan , walaupun hanya menghadiri sekolah selama enam bulan sahaja. Apabila kita mengatakan kita gagal, adakah kita sudah melakukan seperti apa yang Edison lakukan?

Ada banyak lagi contoh sejarah membuktikan hampir semua nama-nama besar dan terkenal adalah mereka yang mencipta sejarah sesudah mencuba ribuan kali. Nelson Mandela menjadi presiden Afrika Selatan selepas dipenjarakan hampir suku abad. Goodyear mencuba hampir 10 tahun sebelum menemui kaedah untuk mengkomersilkan getah. Boon Siew, walaupun tidak tahu membaca dan menulis mampu menjadi jutawan dan memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan pekerja hanya kerana kegigihannya.
Pepatah Inggeris ada menyebut yang bermaksud,"Apabila perjalanan menjadi sukar, Kesukaran akan memulakan perjalanan."Ini bertepatan dengan ayat Quran dalam surah al-Insyirah, di mana Allah menyebut,"Sesungguhnya, bagi setiap kesukaran itu ada kesenangan."
Dalam pengurusan kerja dan masa pun begitu juga. Mungkin saudara berasa bahawa saudara adalah jenis orang yang gemar menangguhkan masa, dan tidak mungkin saudara boleh berubah. Nanti dulu! Jangan fikir saudara seorang yang gagal, kerana ianya akan memudaratkan diri saudara."Orang yang berhenti tidak akan menang, dan orang yang menang tidak akan berhenti."Oleh itu jangan berhenti sekarang, jadilah orang yang berjaya!

Friday 26 June 2009

Rehat Bukan untuk Bermalas

Orang yang mampu berehat adalah lebih hebat daripada orang yang mampu mengusai sebuah bandar."Franklin.

Karoshi ialah Mati Kerana Terlebih Kerja.
Adakah anda tahu bahawa kerja lebih had tanpa rehat boleh membawa maut?Di Jepun, ada satu istilah yang dipanggil Karoshi iaitu 'mati kerana terlebih kerja'. Lebih kurang antara 75 hingga 100 orang Jepun mati setiap tahun kerana 'penyakit' ini. Satu kajian menunjukkan setahun sebelum mereka meninggal kerana Karoshi, mangsa telah secara berlebihan bekerja sebanyak 3000 jam setahun (Jumlah jam dalam setahun ialah 8760 jam). Mereka begitu 'asyik' bekerja, sehingga lupa pada kesihatan diri dan aspek-aspek lain. Bahkan ada sesetengah syarikat di Jepun yang menyedihkan yang menyediakan 'pelakon' untuk menyamar sebagai anak, dan melawat ibu bapa pekerja yang uzur di rumah kebajikan orang tua. Kenapa? kerana si anak terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga tidak sempat menziarahi ibu bapa sendiri. Pelik bukan?

Tun M dan Rehat

Pernah suatu ketika sebuah akhbar terkemuka menemu ramah bekas perdana menteri Malaysia yang ke empat, Tun Dr. Mahathir berkenaan dengan cara hidup dan kerja beliau. Apabila ditanya petua bagaimana beliau dapat bekerja dengan cekap dan berkesan, tanpa kelihatan penat, beliau menjawab, beliau hanya perlu mendapatkan rehat yang cukup. Beliau akan cuba mendapatkan tidur sekejap ketika tengah hari , antara 10 hingga 20 minit. Selepas itu, beliau memulakan kerja-kerja sebagai perdana menteri dengan lebih bertenaga. Beliau juga mampu bertugas di luar negara sebaik sahaja turun daripada kapal terbang setiap kali lawatan rasmi beliau. Petuanya apa?Beliau akan tidur di atas pesawat Perdana Menteri sehingga berbelas jam!

Thursday 25 June 2009

Muhammad bin Abdullah dalam Perang Khandaq

Ketika golongan penentang Islam di Semenanjung Tanah Arab bergabung hendak menghancurkan umat Islam, Penduduk di Madinah menjadi gusar dan takut. Pasukan Bersekutu bukannya sedikit, ia gabungan beberapa buah suku kaum Arab terbesar, dengan ditambah kekuatan bersama beberapa suku kaum Yahudi di Semenanjung Arab. Apabila dibandingkan dengan kekuatan seluruh umat Islam pada ketika itu pun, belum tentu menang. Tetapi Muhammad tidak gundah gulana. Beliau mengadakan mesyuarat dengan para sahabatnya, bagaimana hendak mencari jalan menghadapi situasi genting ini. Dalam mesyuarat, beliau tidak terus membuat keputusan, tetapi sebaliknya mencari idea-idea baru dan bertanya kepada sahabatnya yang lain. Akhirnya, seorang sahabat berbangsa Parsi, Salman al-Farisi, mengemukakan cadangan menggali parit besar di sekeliling bandar Madinah. Strategi ini tidak pernah dibuat oleh bangsa Arab, tetapi sebaliknya berasal daripada negara Parsi. Beliau bersetuju dan rancangan pun diatur. Parit sepanjang kira-kira lima kilometer itu bertujuan menjadi benteng pertahanan daripada Tentera Ahzab akhirnya berjaya mematahkan serangan besar-besaran yang diatur oleh Tentera bersekutu. Nampaknya peristiwa ini banyak mengajar kita, dan salah satunya adalah,"Jika saudara ingin mengetahui jawapan tentang sesuatu permasalahan itu bermuzakarahlah".Wallahulam..

Thursday 18 June 2009

Umno tiada muslihat di sebalik cadangan perpaduan: Mukhriz

KOTA BHARU: Umno tidak ada muslihat lain atau "udang di sebalik batu" berikutan reaksi positif yang diberikan parti itu terhadap cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dikemukakan Pas, kata Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. (www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/
DATE:18062009TIME:4:04pm/Article/)
Bunyinya nampak mudah tapi perlaksanaan dengan jayanya belum pasti. Tetapi seperti artikel saya sebelum ini, yang menyatakan bahawa kita perlu berfikir seperti seorang juara(rujuk: Angan-angan Mat Jenin). Oleh itu kita sebagai masyarakat melayu islam khususnya perlu memandang positif terhadap saranan Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang menyokong penuh tentang cadangan pembentukan kerajaan perpaduan demi menyatukan kembali orang Melayu yang kini semakin berpecah. Wahai-wahai pembaca blog yang budiman hayatilah artikel saya sebelum ini yang bertajuk ''warisan". Apakah status kita sebagai tuan punya negara Malaysia yang kita cintai ini sekarang? Tidak ada gunanya kita salah menyalah selagi kita bernama manusia. Dengan ini saya dengan penuh rasa rendah diri bahawasanya berpendapat bahawa dengan terbentuknya kerajaan perpaduan(UMNO-PAS)akan bermulalah era pentadbiran Malaysia ke arah hukum hudud yakni hukum allah yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam di Malaysia, Insyaallah. Bangkitlah, sedarlah wahai bangsaku..

Bisnes Orang Cina

Dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu, peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan yang mendatang. Orang cina menganggap berniaga adalah satu seni. Mereka juga membudayakan perniagaan di dalam kehidupan seharian. Bagi menguasai kemahirannya, seseorang perlu sabar dalam mempelajari segala selok belok yang berkaitan dengannya. Seni berniaga cukup halus dan tidak memadai dengan mempelajarinya secara teori. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang sentiasa bersikap fleksibel. Peniaga perlu pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan membaca rentak pasaran serta kemahuan pelanggan. Berikut merupakan antara tips atau ciri-ciri seorang peniaga cina:
  1. Seni berniaga orang cina menekankan prinsip menang-menang.
  2. Peniaga perlu bersikap ringan tulang, peramah dan menjadikan pelanggan mereka sebagai ataupun paling kurang, sahabat yang rapat.
  3. Peniaga perlu mempunyai daya ketahanan, mental dan jiwa yang kuat.
  4. Majikan yang baik dan bertanggungjawab akan meransang pekerjanya supaya berkerja kuat dan berkhidmat dengan sepenuh hati.
  5. Orang cina akan berasa rendah diri jika mereka gagal hidup berdikari dan hanya makan gaji sepanjang hayat. Selagi seseorang itu bekerja makan gaji, selama itulah dia tidak boleh menjadi kaya dan meningkatkan kedudukan sosialnya.
  6. Peniaga tidak boleh terlalu rigid. Sebaliknya perlu membenarkan proses tawar-menawar.
  7. Antara faktor yang menjadi dorongan kejayaan orang cina adalah kemiskinan, perasaan kurang selamat, masalah survival di tempat orang, tidak ada pilihan dan ajaran falsafah yang diterima sejak kecil.
  8. Dalam sistem sosial orang cina, anak lelaki adalah pewaris keturunan. Salah satu cara menunjukkan penghormatan kepada kedua ibu bapa dan mengangkat martabat keluarga adalah menjadi kaya. Satu-satunya cara menjadi kaya adalah melalui perniagaan.
  9. Wang tidak pernah dijadikan sebagai halangan. Asalkan ada kemahuan, di situ ada jalannya. Yang penting, kita kena berusaha, tabah dan tahan untuk hidup susah.
  10. Bagi menjadi peniaga yang berjaya, mereka perlu dapat memberi dan mendapatkan keyakinan para pelanggan.
  11. Peniaga cina tidak takut dan tidak kedekut mengeluarkan sedikit perbelanjaan asalkan mereka dapat 'menangkap' dan memikat pelanggan.
  12. Apabila ketekunan dirangkumkan bersama-sama dengan keazaman dan diperkuatkan lagi dengan kesabaran, nescaya ia akan menjadi aset yang cukup berharga bagi sesiapa yang mahu membabitkan dirinya dalam perniagaan. Kesabaran itu memang pahit tetapi buahnya manis.
  13. Orang cina cenderung berniaga kerana bidang ini tidak dibatasi oleh ruang waktu dan tempat. Selain bebas, bidang perniagaan juga menyediakan ruang yang luas kepada seseorang bagi mengembangkan keupayaannya.
  14. Kebanyakan usahawan cina yang berjaya berkerja sekurang-kurangnya 18 jam sehari.
  15. Orang cina boleh membuka kedai makan di negara Kenya dan menjalankan perniagaan runcit di Papua New Guinea di mana sebahagian besar penduduk masih hidup dalam keadaan primitif.
  16. Antara ciri-ciri yang dapat menunjukkan seseorang itu mempunyai bakat berniaga adalah mukanya bulat dan manis dipandang, badan berisi, dahi cerah dan luas serta begitu ghairah dengan wang.

Bagi orang cina, semua perniagaan boleh menghasilkan keuntungan jika dilakukan dengan cara betul dan bersungguh-sungguh. Permasalahannya adalah masyarakat melayu tidak menjadikan perniagaan sebagai satu budaya, berbeza dengan masyarakat cina keadaan ini menjadi sebaliknya. Fikir-fikirkanlah?

Saturday 13 June 2009

PPSMI

Teringat dengan kata-kata sinis Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim yang mengatakan bahawa sekolah di Malaysia tidak melahirkan pelajar yang berkualiti dari segala semua segi apatah lagi penguasaan ilmu. Pelajar era sekarang hanya ke sekolah kerana mereka diberitahu oleh ibu-bapa "mesti pergi ke sekolah" tetapi tidak diberitahu secara jelas untuk apa ke sekolah. Sekolah sama ada ternama atau tidak, tidak penting. Ilmu yang diperoleh dari sekolah itu lebih penting. Kalau sekolah ternama sekalipun tetapi pelajarnya tidak berilmu, maka sekolah itu perlu "dicuci" sebersih-bersihnya.Pepatah latin ada menyebut "Non scholae sed vitae discimus" yang membawa maksud "Kita menuntut ilmu bukan untuk sekolah tetapi untuk kehidupan.Sekolah sekarang mungkin sudah tidak mampu melahirkan orang seperti Dr M Jegathesan yang berjaya mewakili Malaysia ke sukan olimpik pada usia yang muda. Sekolah sekarang hanya melahirkan "penghafal mati" apa yang dipelajari di sekolah tetapi tidak digunakan di dalam kehidupan seharian. Janganlah hairan kalau-kalau sekarang ini budak lulusan universiti pun banyak kena tipu peraduan gores dan menang yang ditunggangi oleh orang yang tidak pernah masuk universiti.Secara jujur, saya katakan bahawa sekolah di zaman penjajahan British lebih baik. Bersistematik dan benar-benar ke arah pencapaian ilmu.Untuk berilmu kita tidak boleh bergantung semata-mata dengan sekolah/universiti dan guru. Kita perlu banyak mengkaji, membaca, berkomunikasi, dan sebagainya. Dan yang penting ialah rajin berusaha menuntut ilmu walaupun rambut kita mulai dipenuhi uban. Saya masih ingat lagi dengan "RAJIN, BACA, USAHA." Dan saya masih pegang ketiga-tiganya sehingga kini. Banyak juga ilmu yang saya dapat. Saya sudah mampu membaca lebih daripada dua bahasa (B Melayu, B Inggeris).Kementerian pelajaran/pendidikan, para penggubal dasar pendidikan/pelajaran, cendekiawan, bijak pandai, ibu-bapa dan lain-lain perlu berusaha untuk meletakkan satu anjakan paradigma agar pemerolehan ilmu semaksimum mungkin terlaksana.Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang boleh dikira baik. Asas pun sudah ada cuma mengalami masalah perlaksanaan. Itu saya akui.Sijil setinggi mana pun statusnya tidak berguna juga kalau tuan punya sijil lebih dangkal orang yang tidak pernah sekolah. PPSMI penting untuk ilmu. Memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) daripada sistem pelajaran kebangsaan boleh diibaratkan seperti membuang sesuatu yang baik atas nama “kebaikan.” Hanya golongan “idiosyncratic” sahaja yang membuang sesuatu yang baik atas nama kebaikan. Membuang sesuatu yang baik akhirnya menempah anachronism, bukannya kebaikan.Dalam mengembangkan ilmu, bahasa adalah “batu loncatan”nya. Ilmu sebenarnya boleh berkembang walaupun dengan hanya menggunakan satu bahasa. Tetapi memerlukan syarat iaitu seseorang ilmuan perlu menghasil dan mengembangkan ilmu sebanyak yang mungkin tanpa mencedok ilmu yang dihasilkan oleh ilmuan (bangsa) lain. Tiada satu bangsa pun yang dapat menghasil dan mengembangkan ilmu hanya dengan menggunakan satu bahasa. Bangsa Eropah dan Jepun umpamanya menghasil dan mengembangkan ilmu dengan terlebih dahulu mengkaji, mempelajari, dan menggunakan bahasa bangsa lain sama ada dalam bentuk pengajaran mahupun pembelajaran.Bagi sesetengah pihak, perlaksanaan PPSMI dilihat sebagai membunuh Bahasa Melayu, jauh sekali menyifatkannya sebagai pengembangan ilmu ke dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu sememangnya diakui bahawa ia memiliki segala komponen bahasa yang lengkap sebagaimana bahasa-bahasa utama dunia. Cuma, “ilmuan Melayu” zaman sekarang “kurang lengkap” dengan ilmu yang diperlukan untuk melengkapkan Bahasa Melayu dengan ilmu. Input ilmu amat diperlukan oleh Bahasa Melayu supaya ia dapat berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa yang unggul dan agar dapat sama rata sama rasa dengan bahasa bangsa lain dunia. PPSMI bukanlah pembunuh sebenar Bahasa Melayu. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pembunuh sebenar Bahasa Melayu ialah orang Melayu sendiri, terutamanya golongan “Melayu Muda Lupa.” Golongan ini bukanlah lupa bagaimana berbahasa Melayu dalam kehidupan seharian, tetapi telah lupa kepada “Apa itu Bahasa Melayu?” “Bahasa Melayu itu untuk siapa?” dan “Bagaimana berbahasa Melayu dengan betul?” Golongan “muda lupa” ini bukan sahaja berselerak di kalangan masyarakat Melayu malah di kalangan kelompok pemimpin kerajaan yang memerintah, para penggubal dasar kerajaan yang memerintah, cendekiawan dan ilmuan Melayu pun ada juga. Adakah pensyarah, mahasiswa dan mahasiswi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ahli dalam Bahasa Melayu? Kita harus dan perlu sedar bahawa bahasa itu penting dalam penghasilan dan pengembangan ilmu. Ilmu kegunaan manusia yang dicipta oleh Allah Yang Maha Pemurah terbenam di dalam akal fikiran setiap manusia di atas muka bumi ini tanpa mengira sama ada ia berkulit putih atau tidak, Islam atau tidak. Ilmu yang terbenam ini hanya boleh diterokai melalui bahasa tanpa mengira apa bahasa sekalipun yang digunakan.Oleh yang demikian perlaksanaan PPSMI adalah langkah yang amat pragmatik terhadap penerokaan ilmu di samping mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui penterjemahan ilmu ke dalam Bahasa Melayu.

Thursday 11 June 2009

UP THE HIERARCHY

In lower management
You work hard and pray hard
In middle management
You work smart and pray harder
In top management
You play smart, move faster
and watch who is behind you!
Management Styles
It is always good to have a management style that is motivating and ethical. However, the worst management style would be one of temper, intimidation and revenge. Let your staff feel the pull of your personality rather than the push of your willpower.
He who manages with his feet should be wary of landmines!If you have never had any respect for human beings and human dignity, chances are, you may never be a good boss and your management style will always be questionable. Management is not about structure and content only. This is a critical area of personnel management and care is needed constantly is this respect.
Boardrooms and bedrooms have one thing in common; they both have to function effectively.
Style is everything. You need presence, charisma and impact. If you can take the heat from time to time, make sensitive decisions under difficult circumtances, accept risks, handle crises well, and yet remain cool and inspiring, you have what it takes to be a good boss.
A Healthy respect for individuals will give you that competitive edge over others.
DON'T ASSUME...
  • You are God's gift to Management.
  • No one can eliminate you.
  • You have all the rights answers always.
  • You are so very influential.
  • Everyone must worship you.
  • The organisation will close without you.
  • That you own everybody at work.
  • Only you have the brains.
  • Your advice is always right.
  • That you can do as you please.
  • You don't need anyone's help.
  • Ethnics can be thrown to the winds.
  • Your wealth will last forever.
  • You will always be in perfect health.
  • You can outsmart everyone any time.

Zon Selesa

Kebiasaannya, mereka yang berada dalam zon selesa pasti berasa mudah hendak memiliki apa yang mereka mahukan dan mereka pasti 'hanyut' dengan kemewahan dan keselesaan yang mereka kecapi. Hal ini boleh dihubungkaitkan dengan penjelasan Tuhan di dalam Quran surah al-Israk ayat 83 yang bermaksud, "Dan apabila kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (daripada bersyukur) dan apabila dia merasai kesusahan, jadilah dia berputus asa."
Terlalu banyak keselesaan membuatkan kita bosan dan tidak kreatif. Otak menjadi kaku kerana neuron-neuronnya tidak saling berhubung. Semakin kurang peraturan dan disiplin yang kita buat mengenai hidup bukan bermakna kita bebas. Tetapi sebenarnya kita terikat dengan kebekuan tadi. Memang! Apabila kita mempunyai impian untuk dicapai, sudah pasti perlu ada usaha bagi mencapainya. Kita mungkin dikritik, kesempitan wang dan kehabisan tenaga.
Contohnya, kita seorang guru yang memiliki ijazah sarjana muda. Apabila bekerja, kita mempunyai hasrat melanjutkan pelajaran ke tahap sarjana. Kita mungkin tidak mendapat persetujuan dan pelepasan daripada pengetua, pengorbanan masa bersama anak-anak dan isteri pada hujung minggu kuliah pada hari minggu, bebanan tugas di sekolah, tugasan pengajian sarjana, perlu membayar yuran pengajian, jarak tempat belajar yang jauh dari kediaman dan pelbagai masalah lagi yang kita mungkin hadapi. Ini bererti, kita berani mengambil risiko untuk berjaya. Kita seorang yang positif dan tidak berasa selesa pada satu tahap sahaja.
Bagaimana pula orang yang sudah berasa selesa dengan keadaannya? Pasti ini jawapan yang terbit daripadanya, "Aku senang hidup sebegini, buat apa hendak menyusahkan diri?," "Tidak perlu sambung belajar, cukup dengan apa yang ada." Individu seperti ini memandang negatif pada kejayaan dan berasa empuk kerusi sekarang serta selesa dengan tahap ilmu yang dia miliki.
Lain pula halnya dengan orang yang berada dalam zon selesa tetapi positif untuk berjaya. Dengan keselesaan yang kita miliki kita dapat menggunakannya bagi membina kekuatan diri sama ada daripada aspek emosi, intelek dan hati. Kita dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperoleh bagi meningkatkan pencapaian. memanfaatkan kesenangan harta, jawatan dan kelebihan supaya lebih cemerlang. Contohnya, kita seorang pelajar daripada keluarga berada, kita dapat menghadiri kelas-kelas tuisyen, membeli bahan bacaan demi meningkatkan pengetahuan dengan meminta wang daripada ibu bapa.

Wednesday 10 June 2009

Menteri Besar Perak


Profil Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
Nama: Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
Pekerjaan : Menteri Besar Perak Ke-11
Tarikh Dilantik : 6 Februari 2009
Tarikh Lahir : 22 Mac 1962
Tempat Lahir : Pulau Pangkor, Perak
Nama Isteri : Y.A.Bhg. Datin Saripah Bt. Zulkifli
Bilangan Anak : 5 Orang
Anak : Husna Bt. Zambry, Huda Bt. Zambry, Syifa Bt. Zambry, Munir Bt. Zambry, Mukhlis Bt. Zambry

Ahli Dewan Undangan: ADUN Pangkor N52
Alamat Pejabat: Pejabat Menteri Besar Perak, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2414273 (T) 05-2418522 (P)
Faks: 05-2540278
Alamat ADUN Pangkor: No.3, Kompleks Kapal Jeti Pangkor, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Tel: 05-6855590
Faks: 05-6852117
Alamat Pejabat Sitiawan: Lot 269, Bangunan UMNO Bhg. Lumut, Jalan Haji Mohd Ali, 32000 Sitiawan, Perak.
Tel : 05-6913012
Faks: 05-6917915
Alamat Rasmi : Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak.
Tel: 05-2540001
Faks: 05-2549399

Jawatan/ Tanggungjawab:

  • Ketua UMNO Bahagian Lumut
  • ADUN Kawasan Pangkor
  • Bekas Ahli Exco Pemuda UMNO Negeri Perak
  • Pengerusi Panel Perunding Akademi Pemuda ( Terkini )
  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah Ikhtiar Malaysia ( Terkini )
  • Ahli Jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Insan Negeri Selangor ( Terkini )
  • Anggota Majlis Teknologi Maklumat Negeri Selangor ( Terkini )
  • Ahli Kumpulan Pemikir Kebangsaan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa ( Terkini )
  • Ahli Majlis Perundingan Belia Negeri Perak ( Terkini )
  • Timbalan Pengerusi Sekretariat Pelajar & Mahasiswa Majlis Perundingan Belia Negeri Perak ( Terkini )
  • Pembantu Profesor Jabatan Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (Sehingga Ogos,2000)
  • Pengarah Eksekutif Center For Leadership & Development studies (CELDES)
    1996-Ogos 2000
  • Ketua Pembangunan Kurikulum dan Islamisasi ( Jabatan Sains Politik ) UIAM (1999)
  • Ketua Panel Konsultansi Program Khidmat Sosial Negara Kementerian Belia dan Sukan (1997) Member
  • Ahli Perunding Agenda Melayu Abad Ke 21 Dipengerusikan oleh YB Dato' Mustapha Muhammad ( 1998 )
  • Pengerusi Konferensi Pelajar Malaysia Amerika Syarikat (1994)
  • Pengarah Pertemuan Intelektual Asia Tenggara (SEAM) Amerika Syarikat (1994)
  • Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia Amerika Syarikat (1994)
  • Pengarah Diskusi Intelektual UIA-IIIT Untuk Kakitangan UIA di Amerika (1993)
  • Pengetua Kolej Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 1990-1992
  • Koordinator Kursus Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 1988-1989
  • Ahli Jawatankuasa Rayuan (MATRIC)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 1989-1990
  • Fellow Kolej Pelajar 1993-1994
  • Ahli Diskusi Intelektual Institut Perkembangan Minda (INMIND) (1995)
  • Konsultan Program Kepimpinan Pelajar Malaysia di Amerika
    Intelektual Tamu Anjuran Kerajaan Jepun (2002)

Anugerah :

  • Anugerah Kepujian (Ph.D) 1995
  • Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
  • Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIA (1987)
  • Anugerah Kebangsaan (Johan) Penulisan Agama (1986)
  • Anugerah Kebangsaan (Kedua) Penulisan Esei (1982)
  • Anugerah Negeri (Johan) Penulisan Esei Hari Kebangsaan (1982)

Anugerah Kebesaran :

  • D.P.M.P. ( Perak )
  • A.M.S. ( Selangor )

Anugerah TLDM :

  • KDYYM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, telah berkenaan untuk dianugerahkan Komander ( Kehormat ) TLDM pada 1 Jun 2005. Yang Pertama dikalangan Ahli Politik dalam Malaysia.

Kerja Penyelidikan :

  • PenyelidikInstitusi Zakat di Malaysia ditaja oleh Kuliyyah EkonomiUniversiti Islam
  • Antarabangsa (UIA), 1985
  • Pembantu PenyelidikInstitusi Zakat di Malaysia : Satu Analisa PentadbiranDitaja oleh Institute of Southeast Asian Studies Singapore
  • PenyelidikanImpak Agama Kepada Politik Indonesia Ditaja oleh UIAM, 1987
  • Penyelidikan Ph.DReligion and Politic: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of Malaysia, 1995
  • PenyelidikanRiwayat Hidup dan Penulisan Jamaluddin al-Afghani Connecticut, Amerika SyarikatDitaja oleh Institute for Policy Research, Malaysia, 1995

Pengalaman Lain :

  • Pengarah EksekutifCenter For Leadership and Development Studies1996-Ogos 2000
  • AhliMajlis Belia Malaysia Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia, 1996

Politik :

  • Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia2000-2003
  • PengerusiBIRO Latihan Pergerakan Pemuda UMNO MalaysiaSessi 2000-2003
  • Ahli JawatankuasaPenerangan UMNO PusatSessi 2000-2003
  • Perunding (Consultant)Himpunan Putera Merdeka Pemuda UMNO 50 Tahun (Oktober 1999)
  • Ahli JawatankuasaBiro Latihan UMNO MalaysiaSessi 2000-2003
  • Ahli JawatankuasaStrategik UMNO Pusat(Terkini)
  • Ahli Pemegang AmanahInstitut Kajian Pembangunan Bangsa UMNO Malaysia(Terkini)
  • Ketua PemudaUMNO Bahagian Lumut(Terkini)
  • Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak(Terkini)
  • PengerusiBiro LatihanPemuda UMNO Perak (1998-2001)
  • Timbalan PengerusiBiro PenggunaPergerakan Pemuda UMNO Malaysia1998-2000
  • Ahli JawatankuasaLatihan dan Mahasiswa Pemuda UMNO1998-2001
  • Ketua CawanganUMNO Cawangan Pangkor(Terkini)
  • Pengarah OperasiPerhimpunan Perdana Jentera Pilihanraya Pemuda UMNO Perak(September 1999)

Penulisan :

  • EditorPendidikan dan Pembangunan (Education and Development)Nurin Enterprise,Kuala Lumpur (1980)
  • EditorBussiness Administration in IslamHizbi (1991)
  • EditorMemperkasa Kepimpinan Merentas MasaDepan CELDES,Kuala Lumpur (1991)
  • Ketua EditorImbas Gemilang KBS ‘98Kementerian Belia dan Sukan (1991)

Penterjemah :

  • Islam and Politics in Malaysia a Changing ScenarioPROSEA Academia Siniaca, Taiwan6hb Mei, 2000
  • Belia dan Cabaran Politik Pasca – KolonialKertas Kerja di Konrad Adenauer, 1999
  • Malaysia pada Era Politik Pascakolonial(Malaysia in the Era of Post-Colonial Politic)Jumal Pemikir April-Jun 1999
  • Festival IslamOrganisasi Islam di MalaysiaEncyclopedia of Malaysiana, 1998
  • Politik Malaysia dan Pasca-ModernismePembentangan Kertas KerjaDewan Bahasa dan Pustaka, 1998
  • Peranan dan Cabaran Ulama’ Dalam Era Pasca-ModernismePembentangan Kertas Kerja ‘The Asian Renaissance’,Pekan Baru, Riau, 1997

Pengalaman Akademik :

  • Professor TamuIAIN, Pekan Baru, Indonesia, 1998

Tugasan Pemantau :

  • Disertai Sarjana (MA Thesis)Nor Azah bt. Omar‘Mahathir’s Political Economic Policy’Oktober 2000

Penulisan Lain :

  • Menulis ratusan esei dan karangan untuk Utusan Malaysia,Berita Harian, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dakwah,Risalah, Al-Islam, Mastika, PEMIKIR dsb. SeringkaliMemberikan pendapat dalam isu-isu besar peringkat Nasional,Serantau dan global.

Keperibadian Yang Menyenangkan

Orang senang berniaga dengan orang yang mereka sukai. Itu adalah merupakan satu fakta. Apabila kualiti, perkhidmatan dan harganya lebih kurang sama, kita akan cenderung memilih untuk membeli dari orang yang kita sukai. Demikian pula dalam mengambil pekerja kita cenderung memilih orang dengan berperibadi yang menyenangkan. Dalam mencari pekerjaan pun, kita cenderung bekerja pada orang peribadinya menyenangkan. Kadang-kadang seandainya pada perbezaan dalam hal produk, layanan, atau pekerjaan yang kita lamar pun, kita membuat rasionalisasi untuk membenarkan pembelian atau penerimaan penawaran dari orang yang kita sukai.
Mungkinkah membuat orang lain menyukai anda? Ada sebuah filem yang pernah ditayangkan di televisyen. Dalam filem tersebut, seorang ibu menasihati anak perempuannya dengan mengatakan bahawa rahsia kebahagiaan perkahwinan, iaitu melatih suaminya dengan cara yang sama seperti dia melatih seekor anak anjing. Ibu itu bahkan memberi anaknya sebuah buku panduan tentang cara melatih anak anjing.
Belum sampai akhir filem, anak itu menyedari bahawa semasa dia melatih suaminya, dia sebenarnya melatih dirinya sendiri. Untuk mengajar agar suaminya setia, dia perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa dia setia. Untuk menerima cinta, dia perlu memberikan cinta.
Meskipun filem ini tidak memenangi Academy Award pesanannya patut dicatat: Untuk melatih orang lain agar menyukai kita, kita perlu terlebih dahulu melatih diri kita sendiri agar menyukai orang lain.
Semua latihan itu dimulakan dengan melatih watak. Dikatakan bahawa keperibadian ialah siapakah anda menurut orang lain, sedangkan watak ialah siapakah anda yang sebenarnya. Namun, sukar memisahkan keperibadian dari watak, sebab kedua-duanya saling mencerminkan satu sama lain.
Anda mungkin dapat menutupi perasaan anda, tetapi kebanyakan orang dapat merasa kepalsuan dengan cepat. Jika motivasi anda untuk membuat orang lain menyukai anda itu sama sekali hanya demi kepentingan peribadi, jika anda hanya menggunakan keperibadian untuk mengambil keuntungan dari orang lain, maka watak anda yang sebenarnya akhirnya akan terungkap.
Demikian juga kalau anda benar-benar positif dan menyenangkan, orang lain akan benar-benar tertarik pada anda. Bila dengan tulus anda dapat menampakkan antusiasme(kegairahan,minat yang berkobar-kobar), kebahagiaan dan kebaikan hati, orang lain akan menganggapnya dengan cara yang sama. Sangat sulit untuk tidak menyukai orang yang antusiastik, periang, dan penuh perhatian.
Tingkatkan penampilan watak keperibadian yang positif untuk setiap individu sangat berbeza-beza satu sama lain, tetapi kita semua memilikinya, atau paling tidak memiliki potensi untuk mengembangkannya. Apabila kita mendorong watak-watak tersebut dan tidak menekannya, kita akan menjadi lebih cekap dalam menampilkan watak-watak keperibadian bila diperlukan, sehingga hal itu dapat membantu anda meraih kejayaan dalam segala situasi.

Monday 8 June 2009

Tan seri Dato' seri Dr. Hj Harussani Zakaria

Kata-kata beliau yang berbunyi bangsa melayu di Malaysia adalah satu bangsa yang agak mulia di sisi Allah swt. Ini kerana Islam itu merujuk pada bangsa melayu dan bangsa melayu itu semuanya beragama Islam. Pernahkah anda terfikir dan renung-renungkan akan kata-kata beliau itu. Di negara Arab bukan semua orang yang berbangsa arab adalah beragama Islam, begitu juga di negara-negara Islam yang lain.

Tuesday 2 June 2009

Angan-angan Mat Jenin

Artikel ini berkenaan Mat Jenin yang asyik berangan-angan ketika memanjat pokok kelapa. Dia berkira-kira hendak memetik seberapa banyak kelapa. Selepas itu dia menjualnya dan mendapat duit. Dengan duit itu dia membeli anak benih pokok kelapa dan menanamnya. Dia memiliki sebuah kebun kelapa. Dia mengupah orang memanjat, dan dia akan mendapat banyak duit. Dia membuka kilang memproses kelapa dan dia semakin kaya. Tiba-tiba, Mat Jenin terpaut pelepah daun kelapa yang kering dan jatuh ke tanah. Akhirnya dia mati kerana jatuh pokok kelapa.
Setiap kali kita cuba berfikir seperti juara, nanti ada orang yang menyampuk,"Alah, janganlah nak jadi Mat Jenin!"Akhirnya kita berpatah balik dan tidak pernah membayangkan diri sebagai seorang juara. Baiklah, Sekarang cuba kita buat analisis secara terperinci, apakah silap sebenar Mat Jenin?Adakah silapnya kerana dia berangan-angan? Tidak. Ada dua kesilapan Mat Jenin. Pertama, kerana dia berangan-angan di atas pokok kelapa, dan kedua kerana dia terpaut pada pelepah kering. Apa yang penting, tidak salah hendak mengelamun. Namun biarlah kena pada tempat dan masanya. Mengelamunlah. Berfikirlah seperti seorang juara."Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal"-Tun M. Berfikir adalah Langkah Pertama yang Baik dan jadikan lagu dibawah sebagai dorongan kita bagi mencapai sesuatu matlamat.

Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Saturday 30 May 2009

Managing Fundamentals

The right business vision with the wrong management focus is pointless. Managing people and their work is not as simple as it seems 'without proper management training'. Would any patient consult a medical has not been trained professionally.
For a start, how many bosses excel in Time Management, Motivation, Interpersonal and Team Building Skills? What therefore, are the fundamentals of Management in this respect? Give yourself full marks if you are expert in each of the following:
  1. Effective decision making.
  2. Strategic problem-solving.
  3. Maintaining a conducive management style.
  4. Efficient planning and administration of work procedures.
  5. Managing productive meetings.
  6. Profesional staff training.
  7. Quality work performance.
  8. Inculcating creativity and innovation.
  9. Articulating a corporate vision.
  10. Stress management through emotional intelligence.
  11. Managing the change process effectively.
  12. Formulating a 360-degree appraisal system i.e evaluations from peers, subordinates, superiors and customers, respectively.
  13. Analysing the demographic characteristics of your management team.
  14. Knowing your key sources of sustainable competitive advantage.
Nothing adds more value to an organisation than quality managerial staff, with substantial expertise and profesional ethics. It is good if every boss receives enhances and enlightens the person considerably.
Management is not about power and politics. it is about style, skills, strategies and result. Any corporate scriptwriter would tell you that and coaching is not a one time project, it is an on going process. Adiosss....

Tuesday 26 May 2009

Adaptif itu Munafik?

Memang pedas kalau ungkapan itu ditujukan ke batang hidung kita walaupun realitinya tidak begitu. Adaptif tidak sama dengan hipokrit. Hipokrit ialah kita berpura-pura di hadapan orang lain, tetapi di dalam hati berniat lain. Hipokrit penuh dengan kejahatan dan niat buruk. Hipokrit adalah munafik. Tetapi adaptif bukan begitu. Adaptif ialah menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat. Adaptif adalah meraikan harapan orang lain. Adaptif adalah satu kemahiran dakwah yang perlu ada pada seorang pemimpin Islam. Adaptif adalah petanda kemesraan dan kasih sayang. Nabi kita, Muhammad bin Abdullah ada berpesan,"Kamu perlu bercakap mengikut kadar pemikiran seseorang itu". Ini Bermakna, gaya berbual dan berinteraksi dengan orang yang rendah mentaliti, sudah pasti berbeza dengan orang yang tinggi mentalitinya. Keterampilan dan susuk tubuh pun perlu mengikut gaya berfikir orang yang berinteraksi dengan kita. Bahkan hukum fikah Islam juga berubah mengikut tempat dan masa. Ada satu kaedah atau legal maxim yang popular,"Hukum berubah dengan berubahnya tempat dan masa".Ini Bermakna, sifat hukum-hukum fikah adalah fleksibel dan adaptif. Ia berubah mengikut tempat, masa, keperluan dan keadaan tertentu. Adakah kita juga hendak menyatakan hukum fikah islam adalah hipokrit?Sudah tentu tiada siapa yang berani mengungkapkannya, kerana hukum fikah Islam adalah hukum yang sempurna yang datang dari Allah S.W.T yang maha sempurna. Oleh itu, kita tidak perlu bimbang. Hanya orang yang jahil sahaja akan berkata adaptif ialah hipokrit. Jangan hiraukan mereka, meresaplah seperti asap, dan mengalirlah seperti air. Wallahualam..

Warisan

WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Politik adalah Suara

Maksud Politik di dalam Kamus Perdana yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah siasah. Politics in english term means the art or science of goverment(rujukan:Oxford Fajar Advanced Learner's). Saya mempunyai maksud saya tersendiri berkenaan maksud politik. Apapun maksud yang diterjemahkan bagi saya politik adalah suara. Selain menggunakan platform politik bagi menyuarakan sesuatu permasalahan dan rintihan di peringkat penduduk kampung dan golongan belia di tempat saya, saya juga menggunakan platform Persatuan Belia Progresif. Persatuan ini juga telah mempunyai akaun semasa di Maybank cawangan Tapah. Akaun semasa ini didaftarkan di bawah nama Persatuan Belia Progresif Kampung Batu Melintang, No. akaun (MBB) 558127313499. Baki di Bank semasa pada akaun ini adalah sebanyak RM5000. Dengan wujudnya akaun persatuan, saluran wang yang disalurkan oleh samada Kementerian Belia dan Sukan, syarikat-syarikat swasta, badan-badan politik dan orang perseorangan dapat disalurkan terus ke akaun ini.

Bersatu di dalam Satu Nada

Pada hari Ahad yang lepas bersamaan 24 Mei 2009 jam 6.00 petang selesailah sudah mesyuarat UMNO cawangan di kampung saya, Kampung Batu Melintang, Tapah. Mesyuarat tersebut diadakan Di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Melintang. Mesyuarat ini satu agenda yang harus diadakan bagi mengukur samada masyarakat kampung Batu Melintang, Sunut, Kenoh, Sungai Merah bergerak aktif atau tidak di dalam United Malayan National Organization(UMNO). Sekiranya mesyuarat ini gagal diadakan, cawangan UMNO di kampung saya akan digantung sekaligus menampakkan ketua UMNO cawangan tidak bergerak aktif atau dengan ertikata lain ketua UMNO cawangan gagal memacu organisasi ini kearah yang sepatutnya. Alhamdulillah berlatarbelakangkan seorang pesara tentera, Ketua UMNO cawangan di kampung saya boleh dikatakan berjaya memacu masyarakat seluruh kampung ke satu tahap yang boleh dibanggakan di peringkat kampung-kampung sekitar mahupun daerah. Sebelum mesyuarat UMNO cawangan ini diadakan mesyuarat bagi sayap-sayap parti juga harus diadakan iaitu mesyuarat pemuda UMNO dan mesyuarat puteri UMNO. Kedua-dua mesyuarat sayap parti ini juga berjaya diadakan dengan kekuatan ahli yang hadir melebihi korum yang minima. Jumlah Ahli UMNO yang berbayar bagi tahun berakhir 2008 adalah seramai 231 orang. Jumlah ini termasuk bilangan ahli Pemuda dan Puteri. Bagi mesyuarat UMNO cawangan korum minima yang diperlukan adalah seramai 65 orang dan jumlah ahli yang hadir adalah seramai 91 orang. Apa yang menarik perhatian saya di sepanjang mesyuarat ini di jalankan adalah:

(1) Disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh masyarakat orang asli disepanjang sesi mesyuarat dijalankan.

(2) Masyarakat Pemuda kampung yang terdiri dari golongan belia begitu tekun ketika mendengar ucapan daripada ketua UMNO cawangan.

(3) Slogan 'Bersatu di dalam Satu Nada' yang dilaungkan oleh ketua UMNO cawangan.

(4) Cuaca panas tetapi semua para ahli tidak berganjak dari tempat masing-masing sehingga mesyuarat selesai dijalankan.

(5) Aturcara mesyuarat yang lancar di sepanjang perjalanan mesyuarat.

(6) Persiapan dan persediaan mesyuarat yang cukup terperinci.

(7) Buku minit yang di penuhi dengan maklumat yang berguna untuk santapan minda para ahli UMNO.

(8) Kehadiran YB Dato' Samsudin b. Abu Hassan selaku Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Tapah, Ketua UMNO bahagian Tapah merangkap ADUN Ayer Kuning.

Di akhir mesyuarat, saya telah bertanyakan secara peribadi kepada ketua UMNO cawangan, apakah yang beliau tekankan di dalam slogan 'Bersatu di dalam Satu Nada'. Sambil tersenyum beliau menjawab untuk menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan di peringkat penduduk kampung kita perlu bersatu atau sebulat suara menyampaikannya keperingkat atasan. Ini supaya peringkat atasan dapat mendengar rintihan dan seterusnya permasalahan tersebut dapat dikenalpasti dengan cepat dan betul.

Thursday 21 May 2009

Masih belum terlambat

21 mei 2009- Setelah selesai menunaikan solat subuh, seperti rutin harian biasa, saya akan mengakses internet dengan menggunakan telefon bimbit saya. Antara web-web yang dilayari pada setiap pagi http://www.bharian.com/ dan http://www.utusan.com.my/ ..Hari ini saya agak tertarik dengan tajuk politik yang dihidangkan di dalam utusan online yang bertajuk Perubahan Besar di dalam UMNO Perak. Setelah difahami isi tajuk tersebut saya dapati apa yang disuarakan oleh Dr. Zambry b. Abd. Kadir adalah menyentuh tentang artikel saya sebelum ini yang bertajuk Persatuan Belia Progresif. Terima kasih YB Dr. Zambry selaku ADUN Pangkor di atas keperihatinan beliau di atas rintihan oleh pimpinan UMNO di peringkat bawahan. 'KPI' adalah satu subjek yang perlu dipandang serius, ini kerana dengan sistem ini para pimpinan UMNO dapat menjawab hampir semua permasalahan masyarakat kita yang tinggal di taman-taman, kampung-kampung dan dilema orang melayu seperti di dalam buku yang ditulis oleh Tun M yang bertajuk 'Malay Dilemma'. Bagi saya persepsi masyarakat melayu terhadap UMNO juga dapat diperbetulkan dengan wujudnya sistem ini. Tidak dinafikan bahawa sesuatu sistem yang diwujudkan tidak boleh memuaskan hati semua orang, tetapi ianya mungkin boleh sedikit sebanyak menyumbang ke arah memenangi hati orang melayu terutama golongan muda dan memastikan UMNO terus kekal relevan. Winning is about One Step Ahead.

Tuesday 19 May 2009

Persatuan Belia Progresif

Dewasa ini saya dapati selera golongan belia terhadap UMNO agak rendah. Dimana-mana kita dihidangkan dengan memperkatakan UMNO adalah sebuah parti rasuah dan mengamalkan kronisme. Adakah ini benar? Adakah anda setuju? Sebenarnya apa yang saya lihat sebenarnya adalah bukan disebabkan parti ini mengamalkan rasuah dan kronisme, sebaliknya pemimpin atasan tidak mewujudkan satu sistem khas yang dinamakan ’KPI’ key performance indicator untuk menilai setiap pencapaian bermula dengan ketua UMNO bahagian, ketua UMNO cawangan dan ketua-ketua sayap parti. Inilah kelemahan pemimpin UMNO atasan, yang dikritik keras adalah pimpinan UMNO bawahan. Dengan pencapaian pimpinan UMNO yang diukur dengan KPI, pihak pimpinan atasan boleh menawarkan sejumlah wang sebagai saguhati bagi menghargai pimpinan bawahan tersebut, dan pencapaian ini hendaklah dipersembahkan kepada rakyat-rakyat bawahan untuk di endoskan sebelum ianya dipersembahkan ke pimpinan UMNO atasan.
Maka dengan itu saya menggunakan pendekatan untuk mewujudkan dan telah diwujudkan satu persatuan belia yang dinamakan Persatuan Belia Progresif Kampung Batu Melintang. Sama ada anda setuju atau tidak dengan saya, itu adalah sesuatu yang agak susah untuk diungkapkan. Rakan-rakan saya yang lain sibuk memperkatakan bahawasanya wujudnya idea berpersatuan ini adalah platform saya untuk menjadi wakil rakyat atau orang politik, tepuk dada tanya akal?

Malays unity and Malaysian unity

1. Malaysia has a multi-racial population but is quite unique in that the division is not just by race alone but by religion, language, culture and economic situation. Unity in such a diversity is extremely difficult to achieve. 2. If we study other nations where people of different ethnic groups have immigrated, we will find that integration and unity depended on several important factors. Firstly the indigenous people or the people who had set up the country make up at least initially, a very big proportion of the population. Additionally they would be dominant and materially successful. The small numbers of immigrants trickling in found it judicious and beneficial to be identified with the numerically superior and powerful dominant inhabitants. They would willingly forget their original languages and adopt the language of the people of the country as well as their culture; they would intermarry and over time they would be totally absorbed and assimilated and identified with the indigenous people. In such a situation unity is not a problem. The United States is one such country where the original language and basic culture of first settlers are accepted by later immigrants.3. In the old days before the coming of the Europeans the few Chinese and Indians who settled in Malacca adopted the language and much of the culture of the Malays. Though there was no assimilation nevertheless good relations existed between the immigrant settlers and the Malays. Unfortunately when later the China-born Chinese-speaking immigrants dominated in numbers as well as economic wealth, the Malay speaking Baba and Nyonya deliberately dropped their Malay language and Baba culture and reverted to being Chinese in every way possible.
4. Difficulties in assimilation arise when the late comers are more dynamic and better equipped to progress than the indigenous people. A feeling of superiority towards the indigenous people tended to keep the late-comers apart. As their community grew they established separate enclaves and erect invisible barriers against the indigenous. As their numbers grew the separation became deeper.5. The British are only partly responsible for the separation of the races in Malaysia, for keeping the Malays in the rural areas, the Chinese in the urban areas and the Indians in the estates. The different races are also responsible. They made no attempt to mix together as a matter of preference.6. The Malays before World War II really believed that the Chinese and Indians were temporary guests who would return to their countries once they had made enough money. So it was at the beginning. 7. Even when they showed signs of staying permanently, the Malays and their Rulers believed the British would honour the treaties which recognised the Malay States as the land of the Malays, the peninsula as Tanah Melayu or Malay Land.8. But after the Brits returned after the war they talked of "giving" this country to whoever wishes to stay here. Although the Malays rejected this and forced the Malayan Union to be abandoned, they realised that things had changed and they had to recognise the claims of some of the non-Malays at least. 9. To cut a long story short independent Malaysia recognised the citizenship rights of the non-Malays and gave them quite freely. This is unlike many countries in the region where strict conditions were imposed. In fact, some immigrants were actually expelled.10. The hope at independence was that the non-Malays would accept a single national language and a single national identity. But it became clear very quickly that the Chinese and the Indians wanted to retain their identities, their mother tongue and their culture. They did not want to be solely Malaysians, certainly not Malays.11. At the beginning some prominent people tried multi-racial politics but this was rejected by the ordinary Malays, Chinese and Indians. In the end we settled for a compromise - retain your racial identity but cooperate with each other in a coalition of racial parties.12. Politically it was a good formula and it worked. But when English schools were abolished and the Malay, Chinese and Indians children went to their own schools rather than to the national schools where the teaching was in the National Language. The hope for true national integration faded. After this even the attempt to put the schools from the three language streams in one campus was rejected by the Chinese.13. It is no good blaming the politicians for perpetuating racial schism. Some of them who tried to ignore racial loyalties simply failed politically. For various reasons the races preferred to stay separated. They may meet at their work place or the playing field but they go home to separate enclaves according to their race. 14. We had opted for democracy and popularity decides who rules the country. Those who reject racialism simply lost popular support. But those who embrace racialism won.15. They are not racists. The leaders of the different races were, at least in the beginning, able to get along well with each other. They developed close friendship. But they had to be very conscious of their racial backing and to cater to racial demands.16. The lower ranking leaders, the ordinary members of political parties and the people as a whole had shown no sign of forgetting their racial identity. There may be few liberal minded ones who reject race, but some who do this do so because they believe their own race would gain by it. So even these people are racialist at heart. 17. Then came the resurgence of Islam worldwide. The Malaysian Malays began to adopt Islamic conservativeness especially with the dress code. This tended to push them further apart from the non-Muslims who saw this as an attempt to differentiate Muslim Malaysians from non-Muslim Malaysians. Some people suspect that this is the intention.18. The behaviour of some extremist exponents of Islamic separateness did not help.19. And so the races drifted further and further apart. All the time the so-called non-racial parties with their single-minded campaign against the positions of the Malays and Islam as agreed upon at the beginning actually intensified Malay racial sentiments, causing them to yearn for Malay unity rather than Malaysian unity.20. The ideal of having a non-racial Malaysian nationality has now been almost forgotten. As the self-proclaimed non-racists attacked Malay racialism, the feeling among the Malays hardened. Openly the Malays have not attacked Chinese racialism as manifested by their practical rejection of the use of the National language, their rejection of the National schools, their Malaysian Malaysia slogan. If they do it would be muted and certainly not as blatant as non-Malay attacks against Malay racialism. 21. The Malays have seen what has happened to the Malays of Singapore and they have no desire to be like Singapore Malays. 22. So their reaction is to seek for Malay unity. They feel threatened, and their fear is real. Admittedly there are among the younger educated Malays a few who claim to reject Malay unity. But these people do not represent the vast majority of the Malays.23. Malay unity, if it becomes stronger will make it more difficult to bring about Malaysian unity. But it must be remembered that the Chinese and Indian are also keen to retain their identities more and more. The Hindraf memorandum is very telling. And the Chinese educationists want even stronger role for Chinese language.24. The trend is obviously against Malaysian Unity. A weak and unstable Government with its crude attempts to win over the different races through giving in on all demands does not help. Every time it gives in to the demands of one race it simply antagonises and pushes the other races further away. 25. If we still want Malaysian Unity we need to be willing to make sacrifices regarding what we consider to be our racial rights. Everyone has to do this. The leaders must be given some mandate to discuss these matters in private and to make concessions. After each step the lower rung leaders of each race must be given full briefing as to why the concessions have to be made. It would be useless if they don't agree.26. Provided we can roll back the present unhealthy trends and redirect it towards more positive non-racial objectives, provided we do this slowly by small steps we may be able to create a truly Malaysian identity where race would gradually become less important. It will take time but with sincerity we may reverse the present trends and move towards increasing co-operation and integration.

Mengapakah Saya Mempertahankan BN

Assalamualaikum WBT...

Negara kita adalah sebuah negara yang Merdeka, Kemerdekaan ini dicapai oleh datuk moyang kita dahulu yang diketuai oleh Tunku Abd Rahman Putra Al Haj (Bapa Kemerdekaan), setelah kemerdekaan dicapai barisan kepimpinan Negara dibentuk dengan bergabungnya bangsa cina, india dan MELAYU.

Dengan kebijaksanaan Kerajaan BN dalam tempoh 52 thn pelbagai kemajuan dan pembangunan di bentuk serta dilakukan sehingga menjadikan nama Malaysia tidak asing lagi di mata dunia. Dengan pembangunan Ekonomi yang pesat dan pembangunan teknologi ICT hari ini membolehkan kita rakyat malaysia mengakses maklumat tanpa sempadan.

Cuba kita bandingkan Malaysia dengan India yang telah merdeka, di mana India telah merdeka sepuluh tahun dari Malaysia, bagaimana kehidupan rakyat mereka dan taraf kehidupan mereka sekarang? Tidak keterlaluan jika saya katakan amat menyedihkan, tetapi apa yang saya lihat di Malaysia masih tidak sampai ketahap itu, semua itu berpunca dari keadaan politik yang tidak stabil, demontrasi sana-sini dan pelbagai fitnah dan cacian serta berpolitik secara berpanjangan sehingga pihak kerajaan yang memerintah tidak berkesempatan untuk menumpukan perhatian kepada perihal pembangunan negara.

Tetapi saya sudah mula khuatiri dengan keadaan Politik di Malaysia, pada masakini pun sudah mula dengan demontrasi jalanan, berpolitik berpanjangan dan cemuh maki memaki dilaksanakan. Pemimpin pembangkang telah pergi keluar Negara memburukan imej Malaysia kepada pemimpin luar Negara, Apakah tujuan sebenar mereka-mereka ini? Apabila mereka menjaja keburukan Malaysia di mata dunia para pelabur akan tersentak untuk melabur di Malaysia dan perhubungan dua hala akan terjejas menyebabkan pendapatan Negara dan ekonomi Negara akan lemah serta berlakunya kemerosotan ekonomi.

Jadi adakah ini yang kita mahukan? Sedangkan kita bangga menjadi rakyat malaysia? Semua manusia hidup di dunia ini cintakan kedamaian dan mahukan kejayaan..perlu diingat bukan mudah untuk pemimpin mentadbir sesebuah negara yang rakyatnya terdiri dari pelbagai kaum dan etnik..Fikir-fikirkan lah...

Renung-renungkanlah Oh Bangsaku

Menurut sumber, Dewan Undangan Negeri Perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri.Mereka telah melakukan provokasi, mengeluarkan kata-kata kesat, memasuki kawasan tempat duduk ADUN BN dan menghalang tugas pegawai DUN itu.Disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009.

1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN.

2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN.

3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong mee meng.

4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang barmaksud 'pergi mati engkau...' dengan tujuan menghina kepada YB Timbalan Yang Dipertua Dewan.

5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan.

6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri.

7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan.

8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik.

9. Teks prosiding dan bacaan doa Setiausaha Dewan telah dirampas dari pada Setiausaha Dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan. Y.B. Encik Yiew Tian Hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising.

10. Y.B. Encik Khalil Idham Lim. b. Abdullah ADUN Titi Serong, telah mencetak risalah-risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada ADUN-ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

11. ADUN Jalong dan ADUN Tebing Tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui.

12. Y.B. Sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan.

13. Lebih 10 orang termasuk Y.B. Ngeh Koo Ham, Y.B. Nga Kor Ming dan Speaker ADUN PAKATAN PEMBANGKANG meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi Tuanku.

14. Setiausaha Dewan telah menasihati Y.B. Sivakumar agar mengiringi Tuanku Raja Muda ke kamar Di Raja tetapi telah tidak diendahkan oleh Y.B. Sivakumar. Sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu.

15. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk ADUN KERAJAAN serta telah mengoyak beberapa tanda nama ADUN KERAJAAN.

16. EMPAT ATAU LIMA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mengeluarkan kata-kata kesat kepada Y.B. SUK yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas.

17. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Y.A.B. Menteri Besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang DUN.

18. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Timbalan Speaker dan Speaker Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas.

19. Speaker Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta Y.A.B. Menteri Besar dan 6 Exco serta 3 ADUN Bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan.

20. ADUN PAKATAN REMBANGKANG telah melemparkan Buku Perintah Tetap DUN ke arah Y.B. Timbalan Speaker.

21. Tindakan sebahagian besar ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki DUN lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa-gesa memasuki DUN selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada Exco dan ADUN Barisan Nasional menunjukkan ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mempunyai niat membuat haru-biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang DUN.

22. 5 - 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

23. Pejabat Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan SUK Perak. Ianya bertujuan bagi mengelakkan DUN dari bersidang.

24. Bentara Dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.Rakyat mengesa Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan wajar bermesyuarat segera untuk mengantung mereka yang melakukan perbuatan yang terlampau ini.

Monday 18 May 2009

Bangkitlah Masyarakat Melayu

Merdeka..merdeka...merdeka...
Masyarakat hari ini terutamanya golongan melayu(anak-anak muda)seolah-olah melupai sejarah kemerdekaan malaysia. Kenyataan saya ini dikuatkan lagi dengan wujudnya golongan-golongan tertentu yang kononnya kejayaan negara kita pada hari ini adalah hasil susah payah orang melayu sahaja. Ingin saya tekankan bahawasanya kemerdekaan dan kejayaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil gabungan 3 bangsa iaitu Melayu, India dan cina. Banyak negara-negara di dunia yang telah mencapai kemerdekaan lebih awal dari malaysia berakhir dengan hura-hara dan kucar-kacir. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan ketidak stabilan politik dan gagalnya pemerintah negara menguruskan perihal pengurusan negara dengan baik. Sebenarnya sebelum Tun M meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri malaysia ke 4, beliau telah menyediakan prasarana di negara malaysia ini bertaraf dunia antaranya KLIA, PUTRAJAYA, KLCC, STAR LRT,PUTRA,KOMUTER, MENARA PETRONAS dan lain-lain lagi. Tetapi malangnya masyarakat kita, masih berada di minda kelas ketiga, sibuk salah-menyalah, menuding jari ke bangsa lain atas kejayaan sesuatu bangsa tersebut. Pada saya tidak salah untuk kita mengkritik tetapi usaha kearah pembaikan terhadap sesuatu kelemahan itu perlu ada. Suka saya memetik kata-kata cikgu saya semasa saya di bangku sekolah dahulu bahawa, Orang yang baik dia akan selalu menyalahkan dirinya sendiri tentang sesuatu perkara, sebaliknya orang yang kurang baik selalu menyalahkan orang lain. Adakah kita dilahirkan untuk tergolong dari kalangan orang kurang baik? Tepuk dada tanya iman?