Saturday, 30 July 2011

He think Like Professor but he doesn't know he are tested in rat lab test..

Memang agak susah untuk kita selaku manusia biasa untuk memahami isi hati setiap dari kita. Sebagai seorang manusia biasa semua orang disekeliling kita adalah aset bagi kita dalam menyumbang kepada proses kematangan kita. semua orang yang dimaksudkan aset itu adalah orang baik,orang jahat,budak kecil,orang tua, orang dewasa,orang sakit, orang cacat,orang pandai,orang bodoh, orang gila, pendek kata semua orang. Apabila kita mendifinisikan orang sekeliling itu adalah aset dalam proses kematangan kita, kita akan sedar betapa pentingnya penghayatan dan memahami dengan jelas lantikan allah kepada setiap hambanya yang mana Setiap Manusia itu Khalifah. Sekiranya semua makhluk yang bernama manusia berperanan dengan berkesan sebagai seorang khalifah yang dituntut oleh islam, dunia akan lebih aman serta mudah di tadbir urus dan amatlah sedikit para bakal penghuni neraka. Adakah saya dan kita semua berperanan sebagai Khalifah di atas muka bumi ini? Saya percaya semua orang di muka bumi ini inginkan kesempurnaan dalam diri masing-masing. Tetapi bagaimanakah kita mengukurnya? Pada pendapat saya, batu pengukur dalam mencari kesempurnaan diri kita adalah memahami content dengan jelas sebelum kita membuat kesimpulan atau mengomen sesuatu perkara,perihal dan tatacara tentang sesuatu subjek. Sekiranya kita tidak faham dengan jelas tentang sesuatu perkara dan kita mempertikaikan nya jadilah ia seperti di tajuk article ini. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment