Wednesday 13 July 2011

Ahli Parlimen Tapah-Datuk M. Saravanan

Hampir di mana-mana di seluruh kawasan Tapah memperkatakan dan mengutarakan isu kembalikan kerusi Parlimen Tapah kepada UMNO dan ini telah disuarakan pada Mesyuarat UMNO cawangan dan juga Bahagian Tapah yang lepas.Desakan ini juga sudah dikirakan agak lama hampir saban tahun. Saya mempunyai pandangan yang agak berbeza berbanding desakan ini. Pada pendapat saya, selain daripada malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk kita juga perlu sedar tentang persetujuan kemerdekaan yang dicapai ketika Tuanku Abdul Rahman menyerahkan memorandum kepada pihak British dan ternyata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen(kongsi kuasa)yang ditunjangi oleh UMNO seterusnya MCA dan MIC. Dalam situasi kawasan Parlimen Tapah Pakatan Rakyat telah menggunakan isu ini bagi meletakkan calon Melayu di Parlimen 072 dan ini membolehkan atau mengurangkan majoriti kemenangan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Hakikatnya sehingga ke hari ini, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memang tiada turun padang bagi menjaga kawasannya, jauh sekali mempunyai pusat khidmat Ahli Parlimen berpejabat ataupun bergerak. Setakat ini Khidmat,tenaga,usaha,bantuan,pemantauan yang berterusan oleh Ahli Parlimen Tapah, Datuk M. Saravanan boleh dikatakan baik dan memuaskan. Bagi menangani isu desakan kembalikan semula kerusi parlimen Tapah kepada UMNO itu bukanlah satu desakan positif dan kurang sesuai untuk orang melayu khususnya atau pengundi Tapah amnya. Ini adalah perjanjian bersama sewaktu kita menuntut kemerdekaan dari tangan Bristish. Tidak dinafikan satu masa dahulu Parlimen Tapah ditunjangi oleh UMNO, tapi itu bukanlah alasan utama yang menyebabkan kita mendesak isu. Walaupun Ahli Parlimen Tapah terdiri dari calon MIC, Pengerusi BN Tapah adalah YB. Dato Hj. Samsudin bin Abu Hassan, ADUN Air Kuning. Barisan Nasional yang dipimpin oleh DS Najib jauh lebih baik daripada PR yang tidak konsisten.

2 comments:

  1. Apakah relevan kita menyokong Ahli Parlimen dari pakatan rakyat di Parlimen Tapah sedangkan beliau hanya menjanjikan bulan dan bintang semata-mata tanpa ada usaha-usaha positif membangunkan kawasan ini atau dengan erti kata lain sekadar melepaskan batuk ditangga untuk menang pada masa pilihanraya. Bagi orang melayu UMNO di Tapah, selagi Calon MIC ini memberi kerjasama baik dalam pentadbiran semasa, sama-samalah kita fikirkan.

    ReplyDelete
  2. Jika kita menyokong atau mengundi atas faktor memilih calon melayu islam dari Pakatan Rakyat berbanding calon Bukan Islam(MIC) dari Barisan Nasional ianya adalah hanya gula-gula politik atau kaedah memperdayakan pengundi oleh Pakatan Rakyat semata-mata, sedangkan Calon Ahli Parlimen Melayu Islam ini tidak berperanan sama sekali dalam menegakkan syiar islam,jauh sekali menjaga kawasan jajahan beliau.Wallahualam

    ReplyDelete