Monday 1 August 2011

Fungsi Pemuda UMNO

Pergerakan Pemuda UMNO
Daripada: Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergerakan Pemuda UMNO merupakan sayap kanan daripada kepimpinan politik UMNO. Fungsi pergerakan PEMUDA ini berubah-ubah semenjak dari sejarah UMNO itu sendiri bergantung kepada kepemimpinan pergerakan Pemuda UMNO pada masa itu. Ketua Pergerakan UMNO kini adalah Khairy Jamaluddin. Dari segi hirarki kuasa dan pengaruh , Pemuda UMNO lebih penting daripada Wanita UMNO, Putera UMNO dan Puteri UMNO.

Penubuhan dan misi
Pergerakan Pemuda UMNO ditubuhkan selepas parti UMNO merasakan barisan pemuda perlu mempunyai organisasi tersendiri sebagai barisan pelapis kepimpinan UMNO. Sebelum layak menjadi ketua bahagian UMNO, mereka mestilah aktif dalam pemuda UMNO. Ironiya dengan 'tapisan' ini, veteran UMNO terselamat dari ditentang oleh pemuda UMNO.
Kedudukan pemuda UMNO bagai parti dalam parti. Isu-isu yang sensitif sering kali disuarakan oleh pemuda kerana pemuda sememangnya berdarah panas dan tegas.

No comments:

Post a Comment