Saturday, 30 May 2009

Managing Fundamentals

The right business vision with the wrong management focus is pointless. Managing people and their work is not as simple as it seems 'without proper management training'. Would any patient consult a medical has not been trained professionally.
For a start, how many bosses excel in Time Management, Motivation, Interpersonal and Team Building Skills? What therefore, are the fundamentals of Management in this respect? Give yourself full marks if you are expert in each of the following:
  1. Effective decision making.
  2. Strategic problem-solving.
  3. Maintaining a conducive management style.
  4. Efficient planning and administration of work procedures.
  5. Managing productive meetings.
  6. Profesional staff training.
  7. Quality work performance.
  8. Inculcating creativity and innovation.
  9. Articulating a corporate vision.
  10. Stress management through emotional intelligence.
  11. Managing the change process effectively.
  12. Formulating a 360-degree appraisal system i.e evaluations from peers, subordinates, superiors and customers, respectively.
  13. Analysing the demographic characteristics of your management team.
  14. Knowing your key sources of sustainable competitive advantage.
Nothing adds more value to an organisation than quality managerial staff, with substantial expertise and profesional ethics. It is good if every boss receives enhances and enlightens the person considerably.
Management is not about power and politics. it is about style, skills, strategies and result. Any corporate scriptwriter would tell you that and coaching is not a one time project, it is an on going process. Adiosss....

Tuesday, 26 May 2009

Adaptif itu Munafik?

Memang pedas kalau ungkapan itu ditujukan ke batang hidung kita walaupun realitinya tidak begitu. Adaptif tidak sama dengan hipokrit. Hipokrit ialah kita berpura-pura di hadapan orang lain, tetapi di dalam hati berniat lain. Hipokrit penuh dengan kejahatan dan niat buruk. Hipokrit adalah munafik. Tetapi adaptif bukan begitu. Adaptif ialah menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat. Adaptif adalah meraikan harapan orang lain. Adaptif adalah satu kemahiran dakwah yang perlu ada pada seorang pemimpin Islam. Adaptif adalah petanda kemesraan dan kasih sayang. Nabi kita, Muhammad bin Abdullah ada berpesan,"Kamu perlu bercakap mengikut kadar pemikiran seseorang itu". Ini Bermakna, gaya berbual dan berinteraksi dengan orang yang rendah mentaliti, sudah pasti berbeza dengan orang yang tinggi mentalitinya. Keterampilan dan susuk tubuh pun perlu mengikut gaya berfikir orang yang berinteraksi dengan kita. Bahkan hukum fikah Islam juga berubah mengikut tempat dan masa. Ada satu kaedah atau legal maxim yang popular,"Hukum berubah dengan berubahnya tempat dan masa".Ini Bermakna, sifat hukum-hukum fikah adalah fleksibel dan adaptif. Ia berubah mengikut tempat, masa, keperluan dan keadaan tertentu. Adakah kita juga hendak menyatakan hukum fikah islam adalah hipokrit?Sudah tentu tiada siapa yang berani mengungkapkannya, kerana hukum fikah Islam adalah hukum yang sempurna yang datang dari Allah S.W.T yang maha sempurna. Oleh itu, kita tidak perlu bimbang. Hanya orang yang jahil sahaja akan berkata adaptif ialah hipokrit. Jangan hiraukan mereka, meresaplah seperti asap, dan mengalirlah seperti air. Wallahualam..

Warisan

WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Politik adalah Suara

Maksud Politik di dalam Kamus Perdana yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah siasah. Politics in english term means the art or science of goverment(rujukan:Oxford Fajar Advanced Learner's). Saya mempunyai maksud saya tersendiri berkenaan maksud politik. Apapun maksud yang diterjemahkan bagi saya politik adalah suara. Selain menggunakan platform politik bagi menyuarakan sesuatu permasalahan dan rintihan di peringkat penduduk kampung dan golongan belia di tempat saya, saya juga menggunakan platform Persatuan Belia Progresif. Persatuan ini juga telah mempunyai akaun semasa di Maybank cawangan Tapah. Akaun semasa ini didaftarkan di bawah nama Persatuan Belia Progresif Kampung Batu Melintang, No. akaun (MBB) 558127313499. Baki di Bank semasa pada akaun ini adalah sebanyak RM5000. Dengan wujudnya akaun persatuan, saluran wang yang disalurkan oleh samada Kementerian Belia dan Sukan, syarikat-syarikat swasta, badan-badan politik dan orang perseorangan dapat disalurkan terus ke akaun ini.

Bersatu di dalam Satu Nada

Pada hari Ahad yang lepas bersamaan 24 Mei 2009 jam 6.00 petang selesailah sudah mesyuarat UMNO cawangan di kampung saya, Kampung Batu Melintang, Tapah. Mesyuarat tersebut diadakan Di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Melintang. Mesyuarat ini satu agenda yang harus diadakan bagi mengukur samada masyarakat kampung Batu Melintang, Sunut, Kenoh, Sungai Merah bergerak aktif atau tidak di dalam United Malayan National Organization(UMNO). Sekiranya mesyuarat ini gagal diadakan, cawangan UMNO di kampung saya akan digantung sekaligus menampakkan ketua UMNO cawangan tidak bergerak aktif atau dengan ertikata lain ketua UMNO cawangan gagal memacu organisasi ini kearah yang sepatutnya. Alhamdulillah berlatarbelakangkan seorang pesara tentera, Ketua UMNO cawangan di kampung saya boleh dikatakan berjaya memacu masyarakat seluruh kampung ke satu tahap yang boleh dibanggakan di peringkat kampung-kampung sekitar mahupun daerah. Sebelum mesyuarat UMNO cawangan ini diadakan mesyuarat bagi sayap-sayap parti juga harus diadakan iaitu mesyuarat pemuda UMNO dan mesyuarat puteri UMNO. Kedua-dua mesyuarat sayap parti ini juga berjaya diadakan dengan kekuatan ahli yang hadir melebihi korum yang minima. Jumlah Ahli UMNO yang berbayar bagi tahun berakhir 2008 adalah seramai 231 orang. Jumlah ini termasuk bilangan ahli Pemuda dan Puteri. Bagi mesyuarat UMNO cawangan korum minima yang diperlukan adalah seramai 65 orang dan jumlah ahli yang hadir adalah seramai 91 orang. Apa yang menarik perhatian saya di sepanjang mesyuarat ini di jalankan adalah:

(1) Disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh masyarakat orang asli disepanjang sesi mesyuarat dijalankan.

(2) Masyarakat Pemuda kampung yang terdiri dari golongan belia begitu tekun ketika mendengar ucapan daripada ketua UMNO cawangan.

(3) Slogan 'Bersatu di dalam Satu Nada' yang dilaungkan oleh ketua UMNO cawangan.

(4) Cuaca panas tetapi semua para ahli tidak berganjak dari tempat masing-masing sehingga mesyuarat selesai dijalankan.

(5) Aturcara mesyuarat yang lancar di sepanjang perjalanan mesyuarat.

(6) Persiapan dan persediaan mesyuarat yang cukup terperinci.

(7) Buku minit yang di penuhi dengan maklumat yang berguna untuk santapan minda para ahli UMNO.

(8) Kehadiran YB Dato' Samsudin b. Abu Hassan selaku Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Tapah, Ketua UMNO bahagian Tapah merangkap ADUN Ayer Kuning.

Di akhir mesyuarat, saya telah bertanyakan secara peribadi kepada ketua UMNO cawangan, apakah yang beliau tekankan di dalam slogan 'Bersatu di dalam Satu Nada'. Sambil tersenyum beliau menjawab untuk menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan di peringkat penduduk kampung kita perlu bersatu atau sebulat suara menyampaikannya keperingkat atasan. Ini supaya peringkat atasan dapat mendengar rintihan dan seterusnya permasalahan tersebut dapat dikenalpasti dengan cepat dan betul.

Thursday, 21 May 2009

Masih belum terlambat

21 mei 2009- Setelah selesai menunaikan solat subuh, seperti rutin harian biasa, saya akan mengakses internet dengan menggunakan telefon bimbit saya. Antara web-web yang dilayari pada setiap pagi http://www.bharian.com/ dan http://www.utusan.com.my/ ..Hari ini saya agak tertarik dengan tajuk politik yang dihidangkan di dalam utusan online yang bertajuk Perubahan Besar di dalam UMNO Perak. Setelah difahami isi tajuk tersebut saya dapati apa yang disuarakan oleh Dr. Zambry b. Abd. Kadir adalah menyentuh tentang artikel saya sebelum ini yang bertajuk Persatuan Belia Progresif. Terima kasih YB Dr. Zambry selaku ADUN Pangkor di atas keperihatinan beliau di atas rintihan oleh pimpinan UMNO di peringkat bawahan. 'KPI' adalah satu subjek yang perlu dipandang serius, ini kerana dengan sistem ini para pimpinan UMNO dapat menjawab hampir semua permasalahan masyarakat kita yang tinggal di taman-taman, kampung-kampung dan dilema orang melayu seperti di dalam buku yang ditulis oleh Tun M yang bertajuk 'Malay Dilemma'. Bagi saya persepsi masyarakat melayu terhadap UMNO juga dapat diperbetulkan dengan wujudnya sistem ini. Tidak dinafikan bahawa sesuatu sistem yang diwujudkan tidak boleh memuaskan hati semua orang, tetapi ianya mungkin boleh sedikit sebanyak menyumbang ke arah memenangi hati orang melayu terutama golongan muda dan memastikan UMNO terus kekal relevan. Winning is about One Step Ahead.

Tuesday, 19 May 2009

Persatuan Belia Progresif

Dewasa ini saya dapati selera golongan belia terhadap UMNO agak rendah. Dimana-mana kita dihidangkan dengan memperkatakan UMNO adalah sebuah parti rasuah dan mengamalkan kronisme. Adakah ini benar? Adakah anda setuju? Sebenarnya apa yang saya lihat sebenarnya adalah bukan disebabkan parti ini mengamalkan rasuah dan kronisme, sebaliknya pemimpin atasan tidak mewujudkan satu sistem khas yang dinamakan ’KPI’ key performance indicator untuk menilai setiap pencapaian bermula dengan ketua UMNO bahagian, ketua UMNO cawangan dan ketua-ketua sayap parti. Inilah kelemahan pemimpin UMNO atasan, yang dikritik keras adalah pimpinan UMNO bawahan. Dengan pencapaian pimpinan UMNO yang diukur dengan KPI, pihak pimpinan atasan boleh menawarkan sejumlah wang sebagai saguhati bagi menghargai pimpinan bawahan tersebut, dan pencapaian ini hendaklah dipersembahkan kepada rakyat-rakyat bawahan untuk di endoskan sebelum ianya dipersembahkan ke pimpinan UMNO atasan.
Maka dengan itu saya menggunakan pendekatan untuk mewujudkan dan telah diwujudkan satu persatuan belia yang dinamakan Persatuan Belia Progresif Kampung Batu Melintang. Sama ada anda setuju atau tidak dengan saya, itu adalah sesuatu yang agak susah untuk diungkapkan. Rakan-rakan saya yang lain sibuk memperkatakan bahawasanya wujudnya idea berpersatuan ini adalah platform saya untuk menjadi wakil rakyat atau orang politik, tepuk dada tanya akal?