Sunday 24 October 2010

Politik Bukan Untuk Kaya

Rasuah atau politik wang telah diketahui umum sebagai isu yang amat kontroversi melanda UMNO hari ini. Ingatan demi ingatan telah diberikan oleh Presiden UMNO(Perdana Menteri) Timbalan Presiden(Timbalan Perdana Menteri) dan tidak ketinggalan bekas Presiden UMNO(Perdana Menteri), Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pendek Kata, semua orang memperkatakan akan bahayanya rasuah, apatah lagi parti-parti politik pembangkang. Terbaharu, Rang undang-undang Seruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM) telah dibentangkan oleh Perdana Menteri di parlimen untuk dibahaskan. Azam kepimpinan negara untuk membanteras rasuah hendaklah dipandang serius. Rasuah adalah isu bersama, tidak kira latar belakang politik.
Syed Hussein Al-Atas (1995)merujuk rasuah sebagai penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan peribadi. Ciri-ciri rasuah digalurkan suatu pengkhianatan terhadap kepercayaan:
1. Penipuan terhadap badan pemerintahan, lembaga swasta atau masyarakat umumnya.
2. Dengan sengaja melalaikan kepentingan umum untuk kepentingan khusus.
3. Dilakukan dengan rahsia, kecuali dalam keadaan di mana orang yang berkuasa atau bawahan menganggapnya tidak perlu.
4. Melibatkan lebih dari satu orang atau pihak.
5. Adanya kewajipan dan keuntungan bersama, dalam bentuk wang atau yang lain.
6. Terpusatnya kegiatan (rasuah) pada mereka yang mengkehendaki keputusan yang pasti dan mereka yang dapat mempengaruhinya.
7. Adanya usaha untuk menutup perbuatan rasuah dalam bentuk-bentuk pengesahan hukum.
8. Menunjukkan fungsi ganda yang kontradiktif pada mereka yang melakukan rasuah.

Rasuah dikatakan bermula apabila parti politik dan pemimpin melibatkan diri dalam perniagaan. Kajian demi kajian dan penemuan telah banyak dilakukan mengenai punca-punca rasuah dan cara mengatasinya. Namun, ia agak sukar untuk dibanteras selagi mana parti-parti politik melibatkan diri dalam perniagaan. Jamaie Hamil(2004) membuat kajian menarik berkaitan penglibatan Umno secara aktif dalam perniagaan telah menyebabkan berlakunya rasuah. Pesan saya kepada kaum Pemuda kita(....),"Jangan masuk politik selagi belum terjamin kedudukan kewangan atau perkerjaan".

Friday 15 October 2010

Kisah Sebenar Seorang Lelaki

1831 - Gagal dalam perniagaan
1832 - Kalah semasa bertanding untuk jawatan dalam Majlis Perundangan
1834 - Gagal sekali lagi dalam bidang perniagaan
1835 - Kematian tunang
1836 - Mengalami masalah tekanan jiwa
1838 - Dikalahkan dalam pilihan raya
1846 - Dikalahkan dalam pemilihan Kongres
1848 - Dikalahkan sekali lagi dalam pemilihan Kongres
1855 - Dikalahkan dalam pemilihan Dewan Senat
1856 - Dikalahkan dalam pilihan raya bagi merebut jawatan Timbalan Presiden
1858 - Dikalahkan sekali lagi dalam pemilihan Dewan Senat
1860 - Dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat

Itulah dia Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat yang ke-15

Wednesday 13 October 2010

Matlamat Bisnes Orang Cina

Tun M pernah menyarankan supaya orang Melayu mencontohi orang cina dalam perniagaan dengan melibatkan diri dalam perniagaan runcit dan bukannya perniagaan secara kecil-kecilan seperti gerai di kaki lima. Menurut beliau, ramai bumiputera tidak berminat menceburkan diri dalam perniagaan runcit dan mengeluarkan modal bagi membesarkan perniagaan mereka. Padahal dengan berbuat demikian, ia dapat meningkatkan kedudukan kelas sosial mereka daripada peringkat rendah kepada peringkat yang lebih tinggi. Salah satu kelemahan peniaga Melayu adalah mereka tidak cermat dan berhemah semasa menjalankan urusan perniagaan sehingga berlaku pembaziran dan pemborosan di tempat yang tidak sewajarnya.
Keuntungan yang diperoleh tidak digunakan bagi melebarkan perniagaan. Sebaliknya digunakan bagi perbelanjaan yang tidak perlu seperti mencantikkan pejabat, mengubahsuai rumah, menukar kereta dan membeli barangan yang tidak perlu. Keuntungan perlu digunakan sebagai modal pusingan dan membuat pelaburan yang dapat menjana serta menghasilkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Tidak ada gunanya peniaga mempunyai keazaman yang kuat jika ia tidak menyimpan impian dan memiliki sebuah harapan bagi memajukan perniagaannya. Berbeza dengan peniaga cina, boleh dikatakan hampir kesemuanya mempunyai cita-cita hendak mengembangkan perniagaannya dengan menambah dan membuka cawangan baru.
Biarpun bermula secara kecil-kecilan tetapi dengan keazaman dan matlamat yang jelas, Sesesuah perniagaan dapat berkembang dan membesar sehingga terbentuk suatu rangkaian cawangan kedai ataupun syarikat yang mantap. Bagi menjayakan matlamat itu, orang cina sanggup menebalkan muka, menahan caci maki orang dan hidup secara sederhana. Setiap sen yang yang diperolehnya daripada titik peluh sendiri digunakan dengan berhati-hati. Walaupun perniagaan sering dilihat sebagai bidang yang mudah untuk buat duit tetapi hakikatnya, sangkaan itu tidak selalunya betul. Untung rugi dalam perniagaan adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka dan banyak bergantung pada usaha niaga yang dilakukan oleh seseorang. Tidak ada satu jaminan yang semua perniagaan akan menghasilkan keuntungan. Cuma dalam perniagaan seseorang berpotensi menjadi kaya dan mendapat untung besar berbanding orang makan gaji.
Dalam hal ini, orang Melayu sebenarnya mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding orang cina. Ini kerana, agama islam sendiri memberi dorongan yang kuat kepada para penganutnya supaya berniaga. Dalam Islam, berniaga menjadi satu ibadah jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul. Ia membolehkan seseorang mendapat ganjaran serta pahala daripadanya, insyallah...

Sunday 10 October 2010

Cabaran Sebagai Dorongan

Orang yang positif untuk berjaya semakin dia tercabar semakin dia kuat. Mereka ini diumpamakan seperti besi waja, semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam melayari kehidupan.
Lain pula keadaannya dengan orang yang berfikiran, berperibadi dan bersikap negatif seumpama timah dan lilin, terkena api hancur lebur, apabila menghadapi cabaran cepat mengalah. Adakah anda tahu gam EXHAUST PIPE?semakin panas semakin keras dan kemas mencengkam!
Tidak cepat mengalah dengan cabaran dan berfikiran positif akan memandu kepada perlakuan positif. Peribahasa Cina ada mengatakan, "Lebih baik menyalakan lilin dari menyumpah akan kegelapan."Semasa mengalami tekanan dan cabaran ada kalanya minda seolah-olah diprogramkan supaya hanya melihat dan memikirkan perkara yang negatif sahaja. Hanya orang-orang positif untuk berjaya mampu melawan fikiran-fikiran negatif tadi.
Oleh itu, cuba kita luangkan sedikit masa bagi menjawab soalan-soalan ini:
1. Apakah kekuatan kita?
2. Apakah pengajaran yang tersirat dalam cabaran ini?
3. Apakah peluang yang ada dalam cabaran ini?
4. Apakah perkara positif dan perkara yang mesti dilakukan bagi membuat perubahan kearah yang lebih positif?

Oleh itu, cuba kita kenal pasti kemahiran, kebolehan dan bakat yang kita miliki dalam berdepan dengan cabaran. Fikirkan apa yang akan terjadi sekiranya kita berhenti dan tidak sanggup menghadapi cabaran?Adakah kita akan berjaya?Bayangkan pula apa yang akan kita kecapi sekiranya kita bertindak positif melawan cabaran?Mungkin kita akan berjaya. Tetapi, sekiranya tidak berjaya pun, kita bukanlah gagal. Kerana berusaha untuk berjaya itu adalah tindakan positif dan salah satu anak tangga kejayaan
Apabila keadaan menekan kita, minda kita pasti menjadi lebih tabah dan diasak dengan cabaran. Kekuatan yang kita bina untuk terus menghadapi cabaran adalah satu senjata yang amat berharga. Mungkin budaya semut iaitu serangga kecil yang tidak kenal penat lelah apabila melakukan sesuatu seperti membina sarang ataupun membawa makanan kepada kumpulannya boleh dijadikan pedoman. Sang semut memikul yang berpuluh-puluh kali lebih berat daripada dirinya. Namun begitu, kegigihan, kesabaran, kekuatan, hatinya tidak padam sehingga selesai kerja ataupun matlamatnya tercapai..Subhannallah..